Destinasi seterusnya kami ke Iwami Ginzan yang merupakan bekas tapak lombong perak di bandar Oda. Lombong ni adalah lombong perak terbesar dalam sejarah Jepun.Ia akif selama hampir empat ratus tahun, dari penemuannya pada tahun 1526 hingga penutupannya pada tahun 1923.Diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO pada tahun 2007.
Balik dari Tsuwano, kami terus ke Hiroshima. Esoknya lepas jalan-jalan di Hiroshima, naik tren ke Matsue, Shimane. 4 jam perjalanan. Dalam tren, semua tidur. Kepenatan. Sampai Matsue, dah malam. Terus ke guesthouse yang kami dah booked, berdekatan dengan stesen Matsue.
Trip kali ni kami pergi jauh ke pedalaman. Kami gunakan JR pass sehabis baik. Dari Tokyo hingga ke Shimane dan balik semula ke Tokyo. Kalau dikira kos sebenar pengangkutan sepanjang perjalanan ni, hampir mencecah RM 4000. Tapi kami gunakan JR Pass, maka dapatlah berjimat sebab harga JR pass cuma lebih kurang dalam RM 1100 sahaja (pass 7 hari) . Syukur ada JR pass untuk kegunaan pelancong. Hehehe.
Pagi ni lepas check out dari Hotel kami terus ke Nakijin Castle ruins. Dekat je dengan hotel tempat kami menginap. Dalam 10 minit perjalanan dengan kereta. Sedikit sejarah mengenai Nakijin Castle. Pada masa dulu Okinawa Honto dibahagikan kepada tiga kerajaan. Hokuzon di Utara, Chuzan di tengah dan Nanzan di selatan.
Pagi ni kami tinggalkan Naha utuk ke tempat lain. Untuk ke kawasan luar dari Naha, biasanya orang akan sewa kereta. Lebih mudah. Boleh juga naik bas tapi mungkin akan makan masa yang lama. Selain itu, ada juga agensi perlancongan yang menawarkan pakej pakej lawatan dengan menaiki bas persiaran.