Yokoso Japan: Day 2 Tokyo - My Travel Journal My Travel Journal: Yokoso Japan: Day 2 Tokyo

17 February 2015

Yokoso Japan: Day 2 Tokyo

Nozie_Zulkeply | February 17, 2015 | 3 Komen

Mood rajin datang tiba-tiba. Dua entri dalam satu hari.hehe. Merangkak-rangkak lagi sebenarnya nak  menulis blog ni. Newbie lah katakan. Nak masukkan gambar pun terhegeh-terhegeh lagi..haish…itulah nak sangat buat blog kan. Orang lain dah lepas ke mana dah. Aku baru nak start. But, better late than never kan. So, sambung balik cerita pasal Jepun. 

Hari ke-2 masih lagi di Tokyo. Bangun tidur pagi ni dengar budak katil sebelah cerita pagi tadi ada gempa bumi. Aku pun teringat yang awal pagi tadi memang aku ada terjaga sebab aku dengar bunyi bising macam orang berlari turun tangga. Aku terus tidur semula sebab aku ingat orang bilik atas yang berlari. Tapi atas tu mana ada bilik lagi dah. Lagipun apa ke halnya nak berlari turun tangga pagi-pagi buta.hahaha. Sengal. Rupa-rupanya itu bukan bunyi orang turun tangga tapi bangunan bergegar dan barang-barang jatuh..isk..isk..isk…nasib baik tak kuat sangat gegaran. Tengok berita pagi tu ada gempa bumi luar Tokyo. Yang rasa kat Tokyo tu cuma saki baki dia lah. Receptionist tu kata itu perkara biasa bagi diaorg setakat gempa kecil-kecil tu..huhuhu. Scary juga tapi dapat lah juga merasa gempa bumi. 

So, lepas siap breakfast kat hostel aku pun keluar jalan-jalan. Pagi ni aku ingat nak jalan-jalan area Asakusa sebab dulu tak sempat nak explore. Area Asakusa ni juga salah satu tempat menarik di Tokyo ni. Kat sini ada temple yang sangat famous, Sensoji - Asakusa Kannon Temple. Selain dari temple ni, kawasan sekitar temple ni ada banyak kedai. Kalau nak beli souvenir murah, dekat sini lah tempatnya. Hostel pun banyak yang murah area sini. Aku keluar dari hostel dalam pukul 9. Hajatnya nak ambil gambar kat pintu kaminarimon which is entrance gate nak ke Sensoji. Ini juga hot spot untuk bergambar. So, kena pergi awal kalau tak sesak gila nanti dapat gambar orang je. Sampai sana, aku ingat akulah yang paling awal, rupanya dah selautan manusia dah ada kat situ..huhuu..ini saja lah gambar yg aku dapat.

The famous Kaminarimon Gate
Terambil pulak gambar pakcik ni
Kan dah kata ramai orang nak bergambar kat sini
Shopping street. Nak ke temple kena lalu kedai-kedai ni dulu


Pintu gerbang ke-dua nak masuk ke temple
Aku jalan-jalan sambil shopping souvenir kat sini. Banyak juga aku beli fridge magnet kat sini. Aku rasa kat sini yang paling murah aku jumpa. Menyesal tak beli banyak-banyak kat sini..huhu..paling aku menyesal sebab tak beli t-shirt tulis Japan kat sini. Aku jumpa paling murah kat sini 900yen. Ingatkan boleh dapat lagi murah kat tempat lain. Tapi tempat lain semua 1000 yen ke-atas..aish..kenalah aku repeat Jepun lagi nampak gayanya..hihihi. 

Kat sini tak banyak ambil gambar sebab hujan lebat. Terpaksa berteduh dalam kedai. Bila hujan dah reda sikit, aku teruskan perjalanan meredah hujan. Nasib baik ada bawa payung. Tengah jalan tiba-tiba ada orang tegur..oh..rupanya suami-isteri dari Indonesia yg aku jumpa di Masjid Tokyo semalam. Diaorg ni kerja di Osaka. DatangTokyo jalan-jalan makan angin. Diorang ajak aku naik Asakusa river cruise tapi aku terpaksa tolak. Tak ada dalam belanjawan..huhuhu..next time, maybe. Lepas bertukar contact, kitaorg berpisah ikut haluan masing-masing. Aku pula ingat nak ke Tokyo tower lepas ni. 

Masa keluar dari Kaminarimon Gate, nampak perarakan ni sempena hari kanak-kanak. Budak-budak duduk dalam kereta dan ditarik ramai-ramai. Comel je diaorg ni.











Lepas ni, aku pun bergerak ke Tokyo tower. Aku naik subway dari  Asakusa ke Onarimon Station (mita line). Sebenarnya ada 3 station yang kita boleh stop kalau nak ke Tokyo tower. Omarimon Station (mita line) Akabanebashi (Oedo Line) dan Hamamatsucho (JR Line). So, pilih lah yang mana paling dekat dan mudah bagi kita. 

Sampai je station Omarimon ada tulis exit ke Tokyo Tower. Ikut sajalah exit tu. Keluar dari exit tu akan terus Nampak Tokyo Tower. Jalan sajalah ke arah Tokyo Tower tu. Tapi, sampai sekerat jalan aku blur. Tak tau nak ke mana. Perlukah aku jalan terus? Belok ke kanan? Ke macam mana? Ada satu family Jepun depan aku. Aku Tanya direction kat diaorang. Makcik tu kata, “follow me”. Okeh..aku pun follow..hahaha..sambil jalan borak-borak. Borak campur-campur bahasa Jepun + English. Dia kagum gila aku datang jauh-jauh sorang-sorang dan boleh cakap Jepun. Walaupun bahasa Jepun aku still tahap budak tadika, tapi diaorang boleh faham dan dia happy gila dengar aku cakap Jepun. Macam-macam la kitaorg borak. Pasal drama Jepun pun ada juga. Dia Tanya drama apa aku suka. Aku jawab kazoku game. Drama ni menang banyak award, haruslah makcik ni tahu. Last-last dengan husband dia pun join borak sebab husband dia pun suka juga drama tu. Drama ni best. Silalah tengok.

Tokyo tower dari jauh
Dah sampai kat tower tu, diaorang naik atas. Aku malas, sebab kena bayar..hahahha..lagipun masa tu baru lepas hujan. Mendung je lagi. So, macam tak berbaloi nak naik atas tengok view. Bukan nampak apa pun. Aku pun duduk kat bawah, ambil gambar besi merah tu sambil makan crepe bertemankan burung merpati. Tak dapat makan creep kat Harajuku, kita makan di Tokyo tower. Sama je rasa dia..


Green tea crepe
Burung merpati di Tokyo Tower

Dulu Tokyo Tower ni adalah menara paling tinggi di Tokyo. Tapi sekarang yang paling tinggi Tokyo Skytree di Asakusa. 





Tokyo Tower. Dalam cerita Ultraman selalu ada tower ni. Haha


Hiasan di Tokyo Tower. Sempena apa, aku tak ingat. Rasanya ada kaitan dengan hari kanak-kanak

Dah puas tengok besi kaler merah ni, aku pun beransur balik. Tak tau nk pergi mana dah. Aku sebenarnya nak ke Tokyo Station lepas tu. Nak ambil gambar depan bangunan station tu. Tapi entah kenapa aku macam sengal hari tu tak sampai-sampai ke Tokyo Station ni. Sesat le apa lagi.hihii. Last-last aku beralih arah ke Akihabara, tempat jual segala macam benda electronic, komputer, phone. Aku tak adalah lah nak cari apa, saje jalan-jalan buang masa. Naik train ke Akihabara Station. Sampai Akihabara, hujan lebat la pulak. Aku jalan-jalan kat tepi-tepi kedai je sebab tak nak kena hujan. Banyak gila kedai jual casing i-phone yg lawa-lawa. Murah pulak tu. Masa tu ada terfikir, perlukah aku beli casing dulu nanti-nanti baru beli iphone..hahahahah. Aku tak ambil gambar pun kat sini. Sebab hujan. Ni ada satu je gambar dari trip aku masa tahun 2010.apa-apa jelah, asal ada gambar..boleh?

Gundam Cafe, Akihabara
Lepas Akihabara aku tak tau nak pergi mana lagi dah. Secara jujurnya, aku tak study sangat pasal Tokyo. Itu yg tak ada arah tujuan tu. Lagipun, masa datang dulu aku dah cover banyak tempat. Trip kai ni aku nak santai-santai je. Last-last  aku decide nak ke masjid Tokyo lagi. Best juga jalan sorang-sorang ni. Ikut suka hati nak pergi mana. Kalau penat, berhenti rehat, kalau lapar berhenti makan, kalau bosan terus blah..hahaha..Tak payah risau ataupun nak jaga hati sesiapa. 
Maka, sekali lagi aku ke Masjid tokyp. Sempat la aku solat jemaah maghrib kat masjid ni. Jemaah Perempuan ada 6 orang termasuk aku. Yg lain-lain tu ada Japanese, ada arab. Tak sempat nak borak dengan diaorang. Sempat senyum dan salam lepas solat je. Nampak gaya macam baru balik kerja diaorang tu. 

Lepas masjid, aku ke Ueno station. Sebab nk beli t-shirt hard rock yang kawan pesan. Sampai Ueno Station termenung tak tau nak ke arah mana. Itulah padahnya kalau tak prepare. Main aci redah je..hihi. Disebabkan hilang arah, aku tanya la seorang kakak ni. Puas ko aku nak terangkan kat dia yg aku cari hard rock café. Siap tunjuk batu lagi. Dia macam blur je. Aku nak blah tanya orang lain dia tak bagi pula. Gigih dia nak tolong aku. Last-last aku tunjuk gambar t-shirt hard rock yg aku save dalam phone. Barulah dia faham. Dia hantar aku sampai ke depan pintu..terima kasih banyak-banyak. Hontoni arigato, oneesan. 

Dah beli t-shirt, aku pun terus ambil train  balik ke Asakusa. Tapi sebelum balik hostel, aku melencong ke Tokyo Skytree dulu sebab dekat dengan hostel. Boleh jalan kaki je dari hostel tapi aku nak juga naik train. hihi. Tapi masa sampai pun dah tutup. Ambil gambar dari luar je lah.


Tokyo Skytree. Kat bawah tu shopping complex


Shopping Complex di Tokyo Skytree
Tokyo Skytree Station. Tobu Line
Tak lama aku kat sini sebab dah lewat. Aku naik balik train balik ke hostel. Nak kena packing sebab esok nak check out. Malam tu sebab tak nak meganggu dorm mate aku yang tengah tidur, aku angkut barang packing kat ruang tamu..hahaha. Tapi ok je. Tengah tak ada org time tu. Lagipun aku nampak ada orang buat sebelum tu.hihi. Habis packing, terus masuk tidur. Tak sabar nak mulakan perjalanan esok naik shikansen (bullet train) :-)

JOM KONGSI!

ARTIKEL BERKAITAN

3 comments:

  1. berani sungguh awak g sensorang...

    ReplyDelete
  2. Nak kata berani sangat tu tak lah juga. Tapi sebab tak ada member yang boleh temankan masa ni. Terpaksalah pergi jugak sensorang :)

    ReplyDelete
  3. best baca pengalam org gi jepun..part lawak,tunjuk batu tu adehhh..hahahaa..

    ReplyDelete

Penafian

Semua artikel/entri/maklumat di dalam blog ini adalah daripada pengalaman/pendapat peribadi penulis sendiri. Penulis blog ini (noziezulkeply.com) tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa kerosakan, kecederaan atau kerugian akibat isi kandungan blog ini.

Gambar di dalam blog ini adalah dari sumber penulis sendiri, melainkan dinyatakan sumbernya. Sebarang perkongsian di media sosial, blog dan website mestilah di kreditkan kepada penulis. Sekiranya terdapat sumber gambar dari google, penulis akan kreditkan kepada sumber gambar tersebut. Jika anda adalah pemilik gambar berkenaan dan tidak membenarkan gambar anda digunakan, sila email kepada nozieanna@gmail.com. Penulis akan mengeluarkan gambar berkenaan dari blog ini secepat mungkin.


My Travel Journal ©