Yokoso Japan : Day 3 Tokyo~Takayama - My Travel Journal My Travel Journal: Yokoso Japan : Day 3 Tokyo~Takayama

19 February 2015

Yokoso Japan : Day 3 Tokyo~Takayama

Nozie_Zulkeply | February 19, 2015 | 4 Komen

Hari ni last day di Tokyo. Nak ke Takayama pula hari ni. Takayama ni dalam daerah Gifu dan mengambil masa lebih kurang 5 jam naik train dari Tokyo. So, hari ni masa aku akan banyak kat atas train je. Bertabahlah. Tapi train kat Jepun ni best. Selesa sangat nak lagi kalau naik shikansen (bullet train)

Pagi-pagi lagi aku dah check out Khaosan Tokyo Guest House. Khaosan ni ada banyak branch hostel. Setakat ni aku dah pernah stay di dua branch dia. Harga pun taklah mahal. Memang sesuai untuk yang nak save budget. Hostel dia pun selesa. Bersih tak payah cakap la, mana-mana tempat pun bersih kat Jepun ni.  Aku jalan-jalan dulu sekejap sekitar hostel ambil gambar. Time ni awal lagi. Sunyi je, tak ramai orang. 

Blue Bridge
River cruise
Red Bridge. Hostel Khaosan yang aku stay dekat dengan Red Bridge ni
Red Bridge
Sungai ni betul-betul belakang hostel 
Tokyo Skytree dari jauh. Tak nampak atas.
Cantik penutup lubang kat Jepun ni. Each city ada different design




Yakult vending machine. Kat Malaysia ada Yakult perisa original je. Kat Jepun ada macam-macam perisa. Tiap-tiap hari aku beli yang perisa susu pisang. Sedap!
Dari Khaosan Tokyo

Aku naik subway ke Ueno station. Kat situ, aku pergi ke JR office untuk tukar JR pass. JR pass ni train pass yang under JR. Ada untuk 7, 14 dan 21 hari. Nak ambil berapa hari bergantung pada kita punya trip. Aku ambil yang 7 hari. Harga untuk 7 hari 29,110 yen Ikut currency rate masa aku beli, dapat lah MYR  946. Kalau beli masa Yen tengah murah, dapat lah lagi murah. JR pass ni hanya untuk foreigners sahaja dan hanya boleh dibeli di luar Jepun. Kalau di KL boleh beli di JTB Bukit Bintang. Kalau tak salah aku, ada juga kaunter JTB di Isetan KLCC. Masa beli dia akan bagi exchange order. Dah sampai Jepun kena pergi ke mana-mana JR office untuk tukarkan ke JR pass dan aktifkan pass tu. Bila pass tu dah diaktifkan, kita boleh naik JR train ke mana-mana sahaja tanpa bayar tiket lagi dah. Shikansen pun termasuk dlm JR pas ni kecuali Nozomi (shikansen yang paling laju) Kalau nak reserved tiket pun sama. Pergi JR office, tunjuk JR pass dan bagitahu nak pergi mana. Dia akan bagi tiket. Free je tak payah bayar lagi dah. Kalau rasa malas nak reserved tiket, naik je lah unreserved coach.


Exchange order. Bawa ni pergi JR office kat Jepun untul tukarkan ke JR pass
Inilah JR pass. Sila simpan elok-elok. Jangan hilangkan. Kalau hilang, no refund or replacement


Lepas dah tukar JR pass dan reserved tiket ke Takayama, aku terus ke Tokyo station untuk naik shikansen ke Nagoya. Sampai Nagoya kena tukar train lain ke Takayama. Disebabkan hari ni adalah hari terakhir golden week, ramai sangat orang kat station Tokyo. Baru balik dari kampung agaknya. Nak masuk toilet, nak beli makanan, nak guna coin locker semua kena beratur panjang. Nasib baiklah tak lama aku duduk tunggu kat situ. Untuk jadual train, boleh check di Hyperdia. Kalau guna JR pass, sila exclude Nozomi di ruangan search. Nak senang, print je route yang korang nak dan tunjuk pada officer tu masa nak reserved tiket. Tak payah susah-susah nak explain. Ni aku punya train schedule dari Tokyo ke Takayama. Siap ada tulis platfrom mana nak naik. Andai kata terlepas train ni, naik jelah train lain. Tak payah bayar sebab ada JR pass boleh turun naik train sesuka hati :-) tapi tiket yang dah reserved tadi dah tak valid dah lah untuk next train. Sama ada reserved tiket baru ataupun naik je unreserved coach.


Dalam train tak ramai orang. Mugkin sebab aku nak ke luar bandar dan kebanyakan orang dah habis bercuti dan dah balik ke bandar. Tapi, shikansen memang jarang penuh. Sebab harga tiket mahal. Orang Jepun sendiri jarang naik shikansen, nak-nak lagi coach yang kena reserved tiket. Foreigners je yang sesuka hati naik shikansen hari-hari sebab ada JR pass :-)  Buka bekalan makanan yg aku beli kat Tokyo tadi. Makan dalam train sambil tengok view.

Nasi dan Salmon.
Masa reserved tiket tadi staff tu tanya aku nak seat view gunung Fuji ke? off course la aku kata nak. Jadinya sepanjang perjalanan tu aku pun tertungu-tunggu la mana Fuji ni. Lama juga la aku tunggu, sampai aku rasa nak putus harapan dah. Tiba-tiba aku dengar bunyi kamera. Semua orang sakan ambil gambar. Aku pun pandang ke luar, dan…tu dia, gunung Fuji kat luar. Ni first time aku dapat tengok gunung Fuji. Dulu datang tak dapt tengok pun. Gunung Fuji ni pemalu katanya. Cuma boleh nampak time cuaca cerah je. Jangan tak tau ye, antara yang gila mengambil gambar gunung Fuji ni bukan saja orang luar, orang Jepun pun ada. Kalau diaorang sendiri pun rasa kagum, apa lagi kitaorg foreigners yang ada kat dalam train tu. Ni gambar yang paling clear sempat aku snap dari dalam train yang laju itu. Yang lain semua ke laut. Tapi, jodoh aku dengan gunung Fuji tak berakhir di sini. Itu kita cerita dalam chapter lain :-)  Simpan dulu.

Fujisan
Ni aku zoom besar sikit
Dah sampai Nagoya, kena tukar train ke Takayama pulak. Berpusing-pusing cari platform. Kat sini tukar ke Wide Hida train untuk ke Takayama. Perjalanan selama 2 jam setengah. Tapi kan, tak terasa pun lama sebab view sepanjang jalan memang superb. Rasa macam nak suruh train tu berhenti pun ada sebab nak ambil gambar. Layan view sepanjang jalan ke Takayama. Rasa macam nak gila aku ambil gambar. Last-last aku decide nak relax and enjoy the view.  Dah, tutup kamera. Bateri pun dah habis.

Kalau time autumn atau spring mesti lagi cantik view ni. Time aku datang ni dah akhir spring.





Bayangkan waktu autumn bila semua daun bertukar warna.
















Lalu kawasan kampung. Sawah padi





Akhirnya, sampai juga ke pekan Hida, Takayama. Dari train station aku jalan kaki ke hostel J Hoppers. Dekat je. Dalam 10 minit. Masa ni sejuk gila tambah dengan angin kuat lagi. Walaupun hostel tu dekat, rasa sengsara sungguh nak berjalan kaki ke sana dalam sejuk-sejuk ni. Ini belum datang time winter lagi!

Check in hostel J Hoppers yang aku booked melalui Hostels.com Sebab sebenar aku ke Takayama ni sebab aku nak ke satu tempat – Shirakawago. Disebabkan Shirakawago ni macam jauh, aku jadikan Takayama sebagai tempat persinggahan. Takayama ni pekan kecil yang cantik. Ada banyak bangunan-bangunan lama dari kayu kat sini. betul-betul ada feel Jepun zaman dulu-dulu. Aku stay kat J Hoppers ni pulak sebab nak dapat diskaun untuk tour ke Shirakawago. Boleh je kalau tak ambil tour. Tapi, harga tiket bus ke shirakawa go kalau pergi sendiri – pergi balik 4400 yen. Kalau ambil tour dgn J Hoppers 3500 yen. Stay kat J hoppers 2 malam dapat lagi diskaun 300 yen. Hostel J Hoppers ni pun best. Hostel yang paling aku suka sepanjang trip ni. Sebab katil dan tilam dia sangat lah best. Dorm pun luas. Aku ambil 8 bed female dorm. 4400 yen untuk 2 malam.

8 bed female dorm. Setiap katil ada langsir untuk privacy
Katil aku yang atas




Di hostel ni aku jumpa Malaysian yang travel seorang juga. Satu dorm dengan aku. Dia pun ambil tour ke Shirakawago esok sama time dengan aku. Hari ni tak buat apa-apa aktiviti pun. Habis masa atas train. Sampai takayama, aku sempat keluar jalan-jalan dekat area hostel. Dah la sunyi sepi. Tak ada orang langsung walaupun masa tu baru pukul 7. Dah gelap macam pukul 10 masa ni. Aku keluar sekejap je. Lepas tu cepat-cepat balik hostel. Tak tahan, sejuk! Balik hostel, masak maggi lepas makan terus tidur. Ni gambar yang sempat aku ambil malam tu.





Lampu ni untuk musim sakura hari tu. Tapi masa aku datang, sakura pun dah banyak gugur
Aku di dalam gelap..haha

 Esok sambung cerita Shirakawago pula.

JOM KONGSI!

ARTIKEL BERKAITAN

4 comments:

  1. cantik permandangan di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya..memang cantik kat sini. Ada feel zaman jepun dulu2.

      Delete
  2. Hi.blh bg contact num tak or email tuk sy hubungi tuk nk tanye lebih details. Email sy (efy_yatie@yahoo.com.my) atau whatsapp 017-7999480. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Yati..boleh email ke nozieanna@gmail.com

      Delete

Penafian

Semua artikel/entri/maklumat di dalam blog ini adalah daripada pengalaman/pendapat peribadi penulis sendiri. Penulis blog ini (noziezulkeply.com) tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa kerosakan, kecederaan atau kerugian akibat isi kandungan blog ini.

Gambar di dalam blog ini adalah dari sumber penulis sendiri, melainkan dinyatakan sumbernya. Sebarang perkongsian di media sosial, blog dan website mestilah di kreditkan kepada penulis. Sekiranya terdapat sumber gambar dari google, penulis akan kreditkan kepada sumber gambar tersebut. Jika anda adalah pemilik gambar berkenaan dan tidak membenarkan gambar anda digunakan, sila email kepada nozieanna@gmail.com. Penulis akan mengeluarkan gambar berkenaan dari blog ini secepat mungkin.


My Travel Journal ©