Aku terus jalan turun bawah nak ke Masjid Kobe. Dibina pada tahun 1928, Masjid Kobe ni merupakan masjid pertama di Jepun. Sebab tu senibina dia tak moden macam masjid Tokyo. Masjid Kobe ni banyak sejarahnya. Masjid ni juga terselemat dari serangan bom atom pada tahun 1945 dan gempa bumi yang kuat tahun 1995. Sampai sekarang masjid ni masih lagi kukuh.

Tak ramai orang kat masjid masa ni. Aku sempat lah berehat sekejap hilangkan penat kat sini. Solat, lepas tu teruskan perjalanan. Kat depan masjid ada kedai runcit halal. Jalan depan sikit ada restoran halal.

Jalan nak ke Masjid Kobe















Keluar dari masjid, Aku naik bas pergi ke Kobe Port tower. Masa sampai kat tower ni, angin kuat. Aku lari duduk dalam tower nak hilangkan sejuk. Ada wifi free kat sini :-) Sempat beli fridge magnet yang tulis Kobe kat sini. Beli untuk diri sendiri je.

Kat seberang sana ada Kobe Harbourland. Ni shopping complex siap ada ferris wheel. Aku pergi je lah jalan-jalan. Selebihnya aku duk lepak kat tower ni tengok orang. Kalau pergi waktu malam lagi cantik rasanya kat sini. Next time la kot.

Kobe city loop bus. Yang pakai skirt tu konduktor dia. Bayar tambang kat dia masa nak turun.



Kobe Port Tower










Naik bas balik ke Sannomiya Station. Masa balik aku naik train biasa yang stop kat semua station. sampai tertido aku dalam train tu nak tunggu sampai ke Kyoto.

Sampai Kyoto Station, aku nak pergi makan sushi. Kat kedai sushi, barisan punyalah panjang. Aku beratur dalam 20 minit baru boleh masuk. Disebabkan ramai orang, nak ambil gambar pun malu-malu. Dahlah aku duduk paling hujung sekali dekat dengan dapur. Itu je tempat kosong yang ada.





The chefs

Yang warna hitam tu sea cucumber

Aku duduk kat sni. Memang paling hujung tepi dinding.


Lepas makan sushi, aku jalan-jalan dalam Kyoto Station. Pergi Isetan food market sebab semalam tak sempat pergi. Memang meriah dan memang murah makanan dia. Patutlah banyak traveller yang aku jumpa suka pergi sini sebab murah. Aku sempat beli mochi untuk bawak balik Malaysia dengan tempura udang. Lepas tu ada juga beli sushi tuna dengan salmon walaupun baru lepas makan sushi. hahahha..

Sampai hostel, minah french tu dah ada dalam bilik. Dia tanya aku nak keluar makan tak? aku kata aku dah beli makanan. Betul apa, aku tak tipu.hihi.

Lepas mandi & solat, aku keluar ke dapur nak makan sushi dan tempura yang aku beli tadi.

Masa tengah makan, ada sorang mamat jepun duk depan aku. Dia pun layan aku berborak. Dia ni budak medic kat uinvesiti di Tokyo. Datang Kyoto ada seminar pastu dia sambung stay kat kyoto sebab nak jalan-jalan. Daripada cerita pasal sushi, masuk pulak bab lain sampai tak sedar lama gila berborak. Nak pulak bila masuk bab anime. Lagilah rancak sebab kitaorang suka anime yang sama. Dia pulak paksa aku cakap Jepun. Kalau salah, dia gelak. Hampeh! tapi, dia tolonglah betulkan lepas tu.

Yang kelakarnya, dia first time datang Kyoto. Dia pulak yang tanya aku pasal tempat-tempat kat Kyoto. Terbalik pulak. Lagi satu, dia kata dia bosan sebab dalam dorm dia semua mat saleh so kena speaking sepanjang masa. Dia dah lama tak cakap Jepun katanya. Relax la wei, baru sehari dua. Dah tu pulak ni memang negara ko. Aku ni haaaa dah dekat seminggu cakap BM dengan diri sendiri.huhuhu.

Dekat pukul 2 pagi baru lah stop borak. Masuk bilik, semua orang dah tidur. Esok aku nak check out dah dan nak ke Osaka. Beg tak kemas lagi. Nak kemas masa ni takut kena marah..hahaha..tidur je lah. Esok baru kemas.

Yokoso Japan:Day 8 Kyoto ~ Kobe (Kitano)

in , , , , , by Nozie_Zulkeply, March 24, 2015
Pagi ni aku tak ada plan lagi nak ke mana. Nak round Kyoto, rasanya aku dah cover banyak tempat masa first trip dulu. Kyoto ni main attraction dia temple dan castle. Aku dah pergi kebanyakan tempat tu sampailah ke Arashiyama yang famous dengan bamboo forest tu dan Nara yang famous dengan rusa. Untuk trip kali ni aku tak rasa nak repeat tempat-tempat tu.

Masa tengah duk fikir arah tujuan untuk hari ni, aku teringat yang aku tak pernah sampai Kobe lagi. Kobe pula dekat je dengan Kyoto. Tambah lagi aku ada JR pass. Maka, ke Kobe lah aku hari ni. Cari info pasal Kobe, sebab aku cuma tahu Kobe beef dengan Kobe Port Tower yang kaler merah tu je.

Masa tengah bersiap tu, minah French tu tanya apa plan aku hari ni. Pastu dia kata kalau aku tak ada member, boleh jalan sekali dengan dia. Huh! kau dah campak barang aku, ada hati pulak nak ajak aku berjalan sama-sama. Tapi aku cakap dalam hati je lah..hahaha..Aku kata aku dah ada plan nak pergi luar Kyoto. Tak nak aku jalan dengan dia. Tapi, dia tak adalah teruk sangat. Dia bagi je bila aku kata nak solat kat tepi katil dia sebab itu je ruang kosong yang ada. Cuma aku tak berkenan perangai dia semalam.

Pergi Kyoto Station untuk naik train ke Kobe. Masa cari info sebelum keluar tadi, aku ada baca pasal Kitano. So, aku cadang nak ke sana. Nak ke Kitano, train station paling dekat adalah Sannomiya Station.

Jadual train dari Kyoto ke Sannomiya

Kitano ni adalah salah satu tempat bersejarah kat Kobe. Kawasan ni merupakan petempatan bagi pedagang -pedagang asing dan diplomat pada zaman dahulu (macam ayat dalam buku teks sejarah la pulak..haha) Sebab itulah, bangunan di kawasan ni dipengaruhi oleh senibina dari barat. Di kawasan ini jugalah terletaknya Masjid Kobe.

Sampai Sannomiya Station, aku pergi cari Information Center. Tanya dia direction nak ke Kitano sebab aku nak jalan kaki dan minta map. Kalau korang nak ke Kitano ataupun nak ke attraction yang lain, boleh beli 1 day Kobe city loop pass. Harga pass 660 yen. Memang berbaloi pun beli. Tapi disebabkan aku kedekut, aku tak beli pun pass tu. Hahaha. Lagipun aku tak stop kat semua tempat. Kat Information Center tu ada coupun untuk foreigners. Sekali naik kobe City loop tu bayar 210 yen sahaja. Harga biasa 250 yen. Aku naik bas 2 kali, so aku cuma spend 420 yen sahaja.Tak sure la tahun ni ada lagi ke tak sebab aku tengok expiry date dia 2014.

Sumpah aku tak ingat direction nak ke Kitano tu. Yang aku ingat kena naik bukit. hahaha..Korang tanya jelah kat Information center tu. Tak adalah jauh mana dengan Sannomiya station.

Sampai je Kitano, nampak Starbucks. Tapi Starbucks ni unik sikit sebab bangunan dia bangunan kayu dan style lama. Orang yang minum kat Starbucks ni tak ramai. Tapi yang ambil gambar ramai gila. Kalau korang duduk minum dalam tu, sila posing cun-cun sikit sebab ramai paparazi. Hahaha.

Starbucks Coffee



Sejarah bangunan ni. Sila baca sendiri kalau rajin.





Comel je kereta ni

Jalan depan lagi akan jumpa Kitano Square. Kat sini ada kedai dan rumah-rumah juga. Aku beli ais krim green tea je sebab benda lain mahal. Naik tangga, kat atas tu ada orang buat performance. Ada yang menyanyi, silap mata bagai. Kat tepi tangga ni juga ada ramai yang melukis. kalau nak beli hasil lukisan diaorang pun boleh jugak.

Pilihlah nak pergi rumah siapa





Kedai Ais Krim





Sreet performance

Show yang ni best.

Yang ni macam bosan sikit

Statue
Kat atas ni ada dua buah rumah. Aku tak masuk pun. Tengok dari luar je.

Aku rasa yang ramai masuk adalah orang Jepun sendiri.



Jepun dan vending machine berpisah tiada.






Masa jalan-jalan tu aku tak sedar yang map aku hilang. masuk kedai kat atas tanya direction nak ke masjid. Jangan risau, diaorang tahu masjid ni dan ada dalam map pun. Sebenarnya aku dah lalu lorong ke Masjid tadi tapi tak perasan. Dia lorong pertama masa nak naik bukit ke Kitano ni.

Dah puas lepak atas, aku turun jalan-jalan kat bawah pulak. Kat bawah ni banyak juga rumah yang dibuka untuk orang ramai. Tapi nak masuk kena bayor la.









Sherlock Holmes in Kobe?







Kasut kat kedai ni cantk tapi mahal. Aku tengok je lah.

Nak ke Kitano kena lalu jalan ni. Mendakilah dari bawah

Motif ambil gambar ni? sebab coffee machine ni besar gila. Ni kat dalam 7-e. Jakun aku tengok.

Bersambung....
© ~My Travel Journal~ · THEME BY WATDESIGNEXPRESS