Yokoso Japan: Day 4 Takayama - My Travel Journal My Travel Journal: Yokoso Japan: Day 4 Takayama

02 March 2015

Yokoso Japan: Day 4 Takayama

Nozie_Zulkeply | March 02, 2015 | 2 Komen
Sampai Takayama, kitaorang berpisah. Aku teruskan berjalan-jalan kat Takayama ni. Pekan Hida ni kecil je, setengah hari ronda pun dah habis. Aku suka sebab aku rasa kawasan ni comel sangat. Sepanjang kawasan ni ada banyak kedai. Mostly kedai souvenir. Aku masuk banyak kedai. Ada yang aku beli tapi selebihnya cuci mata je. 

Takayama

    
Punyalah jernih air sampai boleh nampak ikan.


Kedai-kedai di Takayama
Kedai lagi
Ini pun kedai juga
Ramai orang masa ni

Hiasan depan kedai

Ini muzium. Tapi aku tak masuk pun

Kerusi rangka..hahaha.

Saki baki sakura




Sungai yang bersih
Aku singgah kat satu kedai kuih ni. Nama kuih ni Dango. Dibuat daripada tepung beras pastu dibakar dan letak sos soya atas dia. Ada sorang makcik Jepun tu tengah beli kuih ni. Dia sibuk duk kata kat aku Oishi, Oishi (sedap dalam Bahasa jepun). Aku pun beli satu dan dia ajak aku duduk dengan dia kat bangku depan kedai. Kitaorang makan kuih tu sambil borak. Makcik tu tanya aku dari mana, pastu tanya pasal tudung. Cantik katanya...tudung tu lah, bukan aku..kikiki..perasan jap..hahahaha.. Makcik tu datang dengan kawan-kawan dia. Rombongan gitu, daripada Tokyo. Ahli rombongan yang lain tengah shopping. Pastu nampak kawan dia, beria dia panggil kawan dia sambil kata kau tengok budak ni ha..datang jauh-jauh, sorang –sorang pulak tu. Begitulah lebih kurang translationnya..hahaha. Lepas geng-geng dia dah habis shopping, diaorang nak pergi makan pula. Dia ajak join tapi aku terpaksa tolak. Jadinya, aku pun terus lah berjalan semula kat area situ. 

Kedai kuih
Inilah rupanya kuih dango ni. Tapi yang ni aku beli masa kat Osaka
Aku sebenarnya lapar. Tapi aku tak jumpa kedai yang jual makanan yang aku boleh makan. Semua kedai ada unsur-unsur daging. Kedai tempura pun aku tak jumpa. Kedai sushi pun tak ada. ke aku yang tak jumpa cari, entahlah. Takayama ni sangat popular denagan hidangan daging lembu. Kat mana-mana je ada kedai Takayama beef. Sah-sah lah aku tak boleh makan. Siap ada beef sushi lagi. Last-last aku give up. Pergi supermarket, beli telur. Sampai hostel, aku panaskan nasi goreng Brahim yang aku bawa dari Malaysia lepas tu goreng telur.  Dah balik dari Jepun, barulah aku baca dalam satu blog pasal kedai tempura dan kedai vegetarian kat Takayama ni.

Dekat sekitar Takayama ni ada banyak juga attactioan lain sebenarnya. Salah satunya Hida Folk Village. Tapi kena naik bas dari Pekan Hida ni. Dekat je. Kalau tak pergi Shirakawago pun, still boleh tengok rumah yang sama macam tu kat sini. Rumah ni pun asalnya dari shirakawago dan dibawa ke sini. 

Petang tu aku lepak-lepak je di hostel. Mendobi baju. Sebabnya aku tak bawa banyak baju pun. Haruslah mendobi bila ada peluang. Malam ni kat dalam dorm aku cuma tinggal 3 orang termasuk aku. Orang lain dah check out. Seorang dari London, sorang lagi dari Denmark. Yang dari Denmark tu baru habis sekolah. Jalan-jalan backpacking sementara nak tunggu sambung study. Untunglah.... aku banyak borak dengan Noel, yang dari London tu. Kebetulan, aku dan Noel akan ke Korea hari yang sama dan flight yang sama. So, kitaorang plan untuk jalan sama-sama masa kat Korea nanti. Yeay..dapat kawan nak jalan-jalan kat Korea. Sebelum tidur packing barang sebab esok dah nak check out. Esok aku akan menempuh satu lagi perjalanan yang panjang naik train..pengsan!

JOM KONGSI!

ARTIKEL BERKAITAN

2 comments:

  1. Assalam sis,

    bestnye takayama ni...kalau flight mane better ek sis leh suggest..tokyo or osaka. saya pergi exactly time sis pegi ni tapi cover osaka-kyoto-nara-tokyo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..dah beli tiket ke? kalau nak ke takayama naik train dari Tokyo dalam 5 jam. Naik train dari Osaka pulak dalam 3-4 jam. Kalau guna JR pass memang berbaloi naik train. Sebab one way tiket train pun dah dalam rm 300-500. Untuk option lebih jimat boleh guna midnight bus. Ada bus dari tokyo & osaka untuk ke Takayama.

      Delete

Penafian

Semua artikel/entri/maklumat di dalam blog ini adalah daripada pengalaman/pendapat peribadi penulis sendiri. Penulis blog ini (noziezulkeply.com) tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa kerosakan, kecederaan atau kerugian akibat isi kandungan blog ini.

Gambar di dalam blog ini adalah dari sumber penulis sendiri, melainkan dinyatakan sumbernya. Sebarang perkongsian di media sosial, blog dan website mestilah di kreditkan kepada penulis. Sekiranya terdapat sumber gambar dari google, penulis akan kreditkan kepada sumber gambar tersebut. Jika anda adalah pemilik gambar berkenaan dan tidak membenarkan gambar anda digunakan, sila email kepada nozieanna@gmail.com. Penulis akan mengeluarkan gambar berkenaan dari blog ini secepat mungkin.


My Travel Journal ©