Sebelum tu, secara ringkas pengenalan tentang Shibazakura festival ni. Aku copy paste je dari japan guide website. Sila check website http://www.shibazakura.jp/eng/index.html untuk tahun ni punya festival date.
Aku keluar jalan kaki dari hostel ke station Kawaguchiko sebab nak naik bas ke festival ni. Cuaca pagi ni memang sejuk tapi tepaksa la tahan. Aku pergi Jepun ni cuma bawa sweater biasa je sebab sebelum pergi aku tengok weather forecast tak adalah sejuk mana. Sekali dah sampai sana, ambik kau! hahahaha...tapi, aku memnag tak tahan sejuk.
Jalan kaki dalam 20 minit ke station. Tapi tak terasa lama sebab sambil jalan sambil tengok mount.Fuji yang besar gedabak depan mata. Sambil jalan sambil ambil gambar. Kalau nak tengok mount Fuji ni dengan clear, seeloknya keluar waktu pagi. Start tengah hari, dah banyak awan so memang peluang nak ambil gambar yang clear tu memang agak tipis lah.
Mount Fuji dari K's House. Aku zoom besar-besar |
Selain dari Kawaguchiko, ada juga bas direct dari Tokyo ke Shibazakura festival ni. Sila check kat link website di atas untuk maklumat lanjut.
Tak lama lepas tu bas pun sampai, Aku orang pertama dapat naik bas :-) Nasib aku datang awal. Siapa naik lambat kena berdiri sebab bas dia kecik je. Perjalanan dari Kawaguchiko Station ke Shibazakura Festival lebih kurang 35 minit. Lenguh jugak nak berdiri. Tapi, masa balik aku kena berdiri..Huhuhu..
Bas akan berhenti dekat bus terminal macam dalam map kat atas. Nak balik nanti pun tunggu bas di tempat yang sama. Kalau bas persiaran dia berhenti kat parking area tu lah kot. Aku pun dah ingat-ingat lupa dah. Pergi kat kaunter tiket dan tunjuk tiket yang kita dapat masa beli tiket bas tadi. Lepas tu, boleh lah masuk dan bersiap sedialah untuk ambil gambar banyak-banyak. As I said, kalau nak dapat clear view Mount Fuji sila datang waktu pagi. Aku pun tak tahu nak cerita apa entri ni. Layan gambar jelah ye :-) Aku tak tahu kenapa gambar aku kat sini semua gelap. Tak reti setting kamera kot..huhuhu..
Bunga putih pun ada |
Pink Shibazakura |
Bunga lain pun ada juga |
Masa aku pergi ni, bunga-bunga kat sini belum berbunga sepenuhnya lagi. Kalau nak datang sini, rasanya pertengahan/akhir bulan 5 kot baru dia berbunga semua. Masa tu view mesti lagi cantik. Kita layan gambar lagi.
Awan dah mula menutupi gunung Fuji |
Kat sini juga ada gerai-gerai jual souvenir dan juga makanan. Aku beli kuih ikan inti kacang merah. Makan panas-panas time sejuk :-)
Kuih ikan yang aku beli |
Lepas 35 minit berdiri dalam bas, sampailah semula di Kawaguchiko station. Aku teruskan aktiviti meronda kawasan tasik pula. Sambung next entri..hehehe.
Salam kenal, boleh tahu berapa harga tiket masuk mt uji tu...
ReplyDeleteSalam Kenal. Harga nak ke shibazakura festival ni 1900yen (lebih kurang rm57) Harga ni dah termasuk tambang bas pergi balik dari/ke Kawaguchiko station dengan tiket masuk sekali. Kalau nak pergi jangan pergi masa awal2 bulan sebab masa tu bunga tak berapa kembang lagi.
ReplyDeletesalam kenal =)
ReplyDeleteawak pergi shibazakura bulan berapa ye? insya allah saya akan ke sini jugak bulan mei nanti. saya dah booking k house =)
saya plan nak terjah festival ni pagi2...jam brp festival dibuka?
Salam kenal acik.
DeleteSaya pergi sini awal May. Saya tak ingat start pukul berapa. tapi rasanya pukul 9 dan tutup pukul 5. Untuk tahun ni start 16 April - 29 May. Nak pergi bila tu? kalau datang awal May macam tak berapa cantik lagi. Dia tak fully bloom lagi.
anyway, have fun planning your trip :)
Saya pun ke sini tahun lepas..cuma gari saya pergi ialah hari terakhir festival ni..hehe.. apa nak buat, cuti saya tak boleh di adjust sesuka hati. Masa tu kiranya dah masuk summer. Mmg panas berdenting masa kt kawasan shibazakura ni.. harga tiket ke situ pun dah dikurangkan sbb bunga dah x byk.. tp ttap la pergi juga sbb dah alang2 sampai kan.. plus masa tu saya gerak dari tokyo.. sampai Kawaguchiko mmg dlm pukul 10 am mcm tu.. masa di Kawaguchiko station boleh nampak jelas lagi fuji san tp bila sampai area shibazakura mmg fuji san dah kena tutup dek awan..huhu..apapun baca cerita mawar merah buat saya senyum sendiri mengenang kenangan ke sini..
ReplyDeleteSaya pun ke sini tahun lepas..cuma gari saya pergi ialah hari terakhir festival ni..hehe.. apa nak buat, cuti saya tak boleh di adjust sesuka hati. Masa tu kiranya dah masuk summer. Mmg panas berdenting masa kt kawasan shibazakura ni.. harga tiket ke situ pun dah dikurangkan sbb bunga dah x byk.. tp ttap la pergi juga sbb dah alang2 sampai kan.. plus masa tu saya gerak dari tokyo.. sampai Kawaguchiko mmg dlm pukul 10 am mcm tu.. masa di Kawaguchiko station boleh nampak jelas lagi fuji san tp bila sampai area shibazakura mmg fuji san dah kena tutup dek awan..huhu..apapun baca cerita mawar merah buat saya senyum sendiri mengenang kenangan ke sini..
ReplyDeleteHi Didi. Terima kasih singgah blog ni. Tahun ni ada member pergi mid-May pun dah tak dapat nak tgk. bunga dah habis. tahun ni rasanya awal kot.
DeleteSalam. Nk tnye, mid-end may blh nmpk lagi x mt fuji siap topping salji tu? Suhu kt kawaguciko tu brapa drjh? Plan nk g taon dpn..
ReplyDelete