Yokoso Japan: Day 6 Lake Kawaguchiko - My Travel Journal My Travel Journal: Yokoso Japan: Day 6 Lake Kawaguchiko

18 March 2015

Yokoso Japan: Day 6 Lake Kawaguchiko

Nozie_Zulkeply | March 18, 2015 | 0 Komen
Balik dari Shibazakura Festival tadi, aku jalan-jalan sekitar Kawaguchiko. Pergi information kaunter, ambil map dan tanya orang kat kaunter tu macam mana nak ke tasik. Dia kata boleh jalan kaki, sewa basikal ataupun paling mudah naik bas. Aku pilih untuk naik bas. Haha.

Kalau nak naik bas, ada dua bas dari station Kawaguchiko ni yang boleh naik. Bas dia comel. Nama bus tu retro bus. Retro bus ni ada 2 line.
1) Kawaguchiko Line - Bus ni akan pusing area Kawaguchiko saja.
2) Aokigawa line - Bus ni akan pusing area Kawaguchiko dan juga cover area lain yang berdekatan.

Retro bus Kawaguchiko
Sepanjang laluan bas ni, ada banyak tempat menarik yang kita boleh pergi. Tapi, bas ni dah ada designated tempat yang dia akan stop. Semua tu tourist spot yang popular lah macam gem museum, music forest, ropeway station, onsen. Ada bus stop tertentu. Tekan je loceng kat bus stop mana nak turun. Balik nanti kalau nak ke next place tunggulah kat tempat yang sama. Kalau nak balik ke station Kawaguchiko, tunggu lah bas tu kat the other side.

Nak naik bas ni boleh beli pass. Dia ada 2 days pass 1030 yen. Ni untuk kawaguchiko line. Kalau line lagi satu yang pergi jauh sikit 1340 yen rasanya. 1 day pass tak ada ye. Berbaloi ke tak beli pass? kalau tak ada pass, korang kena bayar setiap kali naik bas. Tambang ikut jarak bermula dari 150 yen hingga 480 yen. Kalau nak turun naik banyak kali macam mahal kot. Macam aku tak berminat dengan museum tu semua. Ropeway pun aku tak naik. Aku just nak pergi tasik je. Tapi aku beli jugak pass tu..hahaha. Pass ni untuk bas saja ye. Tak termasuk bayaran masuk untuk museum / ropeway tu. Jalan-jalan kat tasik je yang free. Hihi.

First stop aku berhenti dekat hotel depan tasik. hotel apa tak ingat :-) Aku jalan je ambil angin tepi tasik tu. Sebelum tu nak bagitahu, entri ni memang ada banyak gambar gunung Fuji je..hahaha..sebab memang aktiviti aku hari ni menatap gunung Fuji sampai puas.

Masa ni awan dah banyak
Lepak tepi tasik
Aku lepak tepi tasik ni sambil tunggu bas datang nak ke next stop. Tasik yang sama jugak cuma nak ke depan sikit..hahahaha.. Aku memang jalan-jalan tepi tasik ni je. Tasik ni besar hokay..

Dah naik bas, aku tak pasti pulak kenapa kat satu bus stop tu, driver bas suruh semua orang turun. Dia kata bas tu nak balik ke station. Pulak dah. Tak paham aku. So, turunlah kitaorg.

Sambil-sambil aku tengok map, ada orang tegur. Malaysia? Rupa-rupanya ada orang Malaysia satu bas dengan aku. Dia pun datang sorang jugak. Disebabkan malas nak tunggu bas, kitaorang decide untuk jalan kaki je dari situ. So, berjalan kakilah kitaorang di tepi tasik. Nasib ada kawan.

Rasanya tak delah jauh kitaorang berjalan. Tapi memang tak terasa pun. Kejap-kejap berhenti ambil gambar. Lepas tu, masa kitaorg jalan tu memang tak jumpa orang lain yang jalan kaki. Kitaorang je. Orang lain semua naik bas agaknya. Hahah. 



Kat sini lah kitaorang kena turun.
Jumpa taman ni. Kitaorang duduk lepak kejap kat sini
Brother ni memancing kat tasik. Kelas gitu memancing sambil tengok Fujisan




Saki baki sakura. Jadilah dari tak ada langsung.
Ini resort rasanya.



Kitaorang ikut jalan ni. Pastu lalu belakang rumah orang.
Ni taman kat salah satu rumah yang kitaorang lalu.
Dah sampai last stop kat tasik




Last picture Mount Fuji
Kitaorang jalan sampai ke last stop. Lepas tu naik retro bus balik ke Kawaguchiko station. Sampai station, Kitaorang dah kelaparan. Tak banyak benda yang boleh dimakan sini. Kalau tak salah aku, kat Kawaguchiko ni ada restoran muslim. India restaurant rasanya, Tapi tak pasti kat belah mana. Dah habis makan, Nini (member dari Malaysia yang jumpa dalam bas) nak balik semula ke Tokyo naik bas. So, aku teman dia tunggu bas kat station sambil makan ais krim. Gigih makan ais krim dalam sejuk-sejuk tu.

Lepas Nini naik bas, aku jalan kaki balik hostel. Masa tu baru pukul 7 tapi dah gelap gelita. Aku jalan laju-laju sebab sejuk. Bahaha..

Habis cerita di Kawaguchiko. Esok nak ke tempat lain pulak. Jauh juga perjalanannya. Pasrah jelah.

JOM KONGSI!

ARTIKEL BERKAITAN

No comments:

Post a Comment

Penafian

Semua artikel/entri/maklumat di dalam blog ini adalah daripada pengalaman/pendapat peribadi penulis sendiri. Penulis blog ini (noziezulkeply.com) tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa kerosakan, kecederaan atau kerugian akibat isi kandungan blog ini.

Gambar di dalam blog ini adalah dari sumber penulis sendiri, melainkan dinyatakan sumbernya. Sebarang perkongsian di media sosial, blog dan website mestilah di kreditkan kepada penulis. Sekiranya terdapat sumber gambar dari google, penulis akan kreditkan kepada sumber gambar tersebut. Jika anda adalah pemilik gambar berkenaan dan tidak membenarkan gambar anda digunakan, sila email kepada nozieanna@gmail.com. Penulis akan mengeluarkan gambar berkenaan dari blog ini secepat mungkin.


My Travel Journal ©