Lepas kemas beg semua aku terus turun bawah. Pergi dapur sempat lah buat breakfast untuk alas perut. Semalam dah informed hostel ni suruh hantar aku pergi train station pukul 8.30 pagi. Tak kuasa aku nak jalan kaki pagi tu, Dengan nak pikul beg lagi.
Sementara nak tunggu van ready, aku borak dengan staff K's House. Diaorang tanya aku stay kat mana di Kyoto nanti. Lepas aku bagitahu yang aku dah booked K's house Kyoto terus diaorang bagi aku map nak ke hostel tu. Memang bagus sangatlah diaorang bagi aku map tu sebab aku tak print detailed map nak ke sana.
Tepat pukul 8.30, van dah ready untuk hantar aku dan beberapa guest lain ke train station. Kat Jepun ni diaorang memang punctual ye. So, silalah hormati budaya mereka ni dan janganlah datang lambat.
Sampai station, menanti train sampai sambil tengok mount Fuji untuk kali terkahir. Entah bila nak sampai lagi kan..
Tak lama lepas tu train pun sampai. Sama macam waktu datang hari tu, aku kena tukar train banyak kali sebelum sampai Kyoto. Pasrah jelah. Alang-alang dah beli JR pass, gunalah sehabis baik. Kalau tak, rugi.
![]() |
Jadual train Kawaguchiko-Kyoto |
Sampai Shin-Yokohama station, aku kena tukar naik Shikansen ke Kyoto. Joey pulak nak ke tempat lain. Joey ajak lunch dulu. Dia nak belanja katanya..hihihi..Dia suruh aku pilih sendiri mana nak makan sebab dia takut dia tersalah pilih. Sebab tak banyak masa, kami pergi makan kat kedai udon dalam station tu je.
Dah habis makan, Joey hantar aku ke platform shikansen ke Kyoto sebab dia takut aku sesat. Hahahah..
Naik shikansen ke kyoto lebih kurang 2 jam lebih. Actually, aku dah pernah ke Kyoto dulu dan dalam banyak-banyak tempat kat Jepun ni, aku paling suka Kyoto. Sebab Kyoto ni tak sesibuk Tokyo. Lagipun dia bandar lama. Masih ada ciri-ciri tradisional combine dengan moden. Tempat pun cantik. Tapi, tempat mana yang tak cantik kat Jepun ni. Ceruk mana pun tetap cantik.
Kyoto Station ni tersangatlah besar hokay. 15 tingkat ye. Ada underground lagi. Dalam ni ada shopping mall, hotel, macam-macam lah. Dia ada banyak exit. So, make sure korang tahu exit mana nak tuju. Kalau salah exit, nanti dah terlepas ke jalan lain.
Dari Kyoto Station aku jalan kaki ke K's House Kyoto. Ikut map yang staff K's House kat Kawaguchiko bagi tadi. Dalam map tu kata 9 minit je jalan kaki dari station. Sangatlah tipu. 9 minit tu standard orang Jepun yang jalan laju. Langkah pendek macam aku ni kena tambah lagi 10 ~ 15 minit.
![]() |
Map to K's House hostel Kyoto |
![]() |
Follow je instruction ni. |
Gambar dalam hostel yang aku ambil dari website K's House Kyoto. Terlupa nak ambil gambar dengan kamera sendiri. Memang sebijik sama macam dalam gambar ni.
![]() |
K's House Kyoto |
Aku nak pergi street yang banyak kedai-kedai kat Gion tu tapi aku tak jumpa. So, aku berjalan ikut suka hati. Last-last jumpa jugak.hahaha. Gion ni famous dengan geisha. Kalau nasib baik boleh lah nampak geisha melintas. tapi 2 kali aku datang sini tak pernah nampak pun. Aku just jalan-jalan cuci mata kat sini. Ada juga beli souvenir sikt-sikit mana yang murah tu.
Gion |
Kyoto Station |
Kyoto Tower. Bawah tu ada hotel |
Kyoto Tower |
Taxi |
Sampai hostel, ada benda tak best berlaku. Tak ada apa sangat, tapi geram lah jugak.
Sebelum keluar, aku dah letak barang-barang aku atas katil. Aku kan orang first check in dorm ni. So, siapa yang masuk selepas aku, kalau tengok atas katil tu dah ada barang, patut dah tahu lah yang katil tu dah bertuan. Tapi...bila aku masuk je, barang aku ada kat atas lantai. Kat katil aku tadi ada sorang minah ni. Dia dari France. Aku pun tak ingat macam mana aku tahu dia dari mana.hahaha. Rasanya ada kot dia bagitahu lepas-lepas tu.
Aku tanya lah kenapa barang aku atas lantai dan bukan ke katil tu aku dah pilih dulu. Dengan selamba dia jawab "You can choose another bed. there's 3 empty bed here. I hope you don't mind" Don't mind kepala otak kau! Aku malas nak cakap dengan dia. Malas nak panjangkan cerita, aku just ambil katil lain. Pastu aku terus keluar, mandi then lepak kat luar. Nak tidur baru aku masuk.
Malam tu juga ada seorang perempuan dari China masuk dorm tu. Dia main handpone. Perempuan French tu dah tidur. Boleh pulak dia bangun pergi sound perempuan china tu jangan main handphone. Lampu handphone tu menganggu dia tidur. Ek eleh..Aku malas campur. Aku tidur je.
Bersambung....
apa teruk bebeno perangai minah france tu huhu..
ReplyDelete