Yokoso Japan: Day 8 Kyoto ~ Kobe (Kobe Mosque & Kobe Port tower) - My Travel Journal My Travel Journal: Yokoso Japan: Day 8 Kyoto ~ Kobe (Kobe Mosque & Kobe Port tower)

24 March 2015

Yokoso Japan: Day 8 Kyoto ~ Kobe (Kobe Mosque & Kobe Port tower)

Nozie_Zulkeply | March 24, 2015 | 0 Komen
Aku terus jalan turun bawah nak ke Masjid Kobe. Dibina pada tahun 1928, Masjid Kobe ni merupakan masjid pertama di Jepun. Sebab tu senibina dia tak moden macam masjid Tokyo. Masjid Kobe ni banyak sejarahnya. Masjid ni juga terselemat dari serangan bom atom pada tahun 1945 dan gempa bumi yang kuat tahun 1995. Sampai sekarang masjid ni masih lagi kukuh.

Tak ramai orang kat masjid masa ni. Aku sempat lah berehat sekejap hilangkan penat kat sini. Solat, lepas tu teruskan perjalanan. Kat depan masjid ada kedai runcit halal. Jalan depan sikit ada restoran halal.

Jalan nak ke Masjid Kobe














Keluar dari masjid, Aku naik bas pergi ke Kobe Port tower. Masa sampai kat tower ni, angin kuat. Aku lari duduk dalam tower nak hilangkan sejuk. Ada wifi free kat sini :-) Sempat beli fridge magnet yang tulis Kobe kat sini. Beli untuk diri sendiri je.

Kat seberang sana ada Kobe Harbourland. Ni shopping complex siap ada ferris wheel. Aku pergi je lah jalan-jalan. Selebihnya aku duk lepak kat tower ni tengok orang. Kalau pergi waktu malam lagi cantik rasanya kat sini. Next time la kot.

Kobe city loop bus. Yang pakai skirt tu konduktor dia. Bayar tambang kat dia masa nak turun.


Kobe Port Tower









Naik bas balik ke Sannomiya Station. Masa balik aku naik train biasa yang stop kat semua station. sampai tertido aku dalam train tu nak tunggu sampai ke Kyoto.

Sampai Kyoto Station, aku nak pergi cari kedai sushi yang aku pernah pergi last time. Aku tak ingat kat mana tapi aku ingat nama kedai dan kedai tu depan Mc donald. Pergi tanya kat information
counter. Nasib dia tahu kedai ni. Nama kedai Musashi Sushi. Harga sushi dia 105 yen sahaja untuk semua jenis dan yang penting sedap.

Kat kedai sushi, barisan punyalah panjang. Aku beratur dalam 20 minit baru boleh masuk. Disebabkan ramai orang, nak ambil gambar pun malu-malu. Dahlah aku duduk paling hujung sekali dekat dengan dapur. Itu je tempat kosong yang ada.

Musashi Sushi


The chef
Yang warna hitam tu sea cucumber
Aku duduk kat sni. Memang paling hujung tepi dinding.


Lepas makan sushi, aku jalan-jalan dalam Kyoto Station. Pergi Isetan food market sebab semalam tak sempat pergi. Memang meriah dan memang murah makanan dia. Patutlah banyak traveller yang aku jumpa suka pergi sini sebab murah. Aku sempat beli mochi untuk bawak balik Malaysia dengan tempura udang. Lepas tu ada juga beli sushi tuna dengan salmon walaupun baru lepas makan sushi. hahahha..

Sampai hostel, minah french tu dah ada dalam bilik. Dia tanya aku nak keluar makan tak? aku kata aku dah beli makanan. Betul apa, aku tak tipu.hihi.

Lepas mandi & solat, aku keluar ke dapur nak makan sushi yang beli tadi. Sushi ni unik sikit sebab dia balut dengan daun. Aku tak pernah nampak sushi cam ni tu yang jakun sikit.

Tengah duk belek-belek daun tu, ada sorang mamat jepun duk depan aku. Dia tanya kenapa aku tengok daun tu macam pelik. Hahaha. Rupa-rupanya, ini memang trademark sushi kat Kyoto. Ni kira tradisonal punya stail la. Gituu...

Begini rupa sushinya. Ni aku ambil gambar kat internet.

Mamat ni budak medic kat uinvesiti di Tokyo. Datang Kyoto ada seminar pastu dia sambung stay kat kyoto sebab nak jalan-jalan. Daripada cerita pasal daun sushi, masuk pulak bab lain sampai tak sedar lama gila kitaorang berborak. Nak pulak bila masuk bab anime. Lagilah rancak sebab kitaorang suka anime yang sama. Dia pulak paksa aku cakap Jepun. Kalau salah, dia gelak. Hampeh! tapi, dia tolonglah betulkan lepas tu :-)

Yang kelakarnya, dia first time datang Kyoto. Dia pulak yang tanya aku pasal tempat-tempat kat Kyoto. Terbalik pulak. Lagi satu, dia kata dia bosan sebab dalam dorm dia semua mat saleh so kena speaking sepanjang masa. Dia dah lama tak cakap Jepun katanya. Relax la wei, baru sehari dua. Dah tu pulak ni memang negara ko. Aku ni haaaa dah dekat seminggu cakap BM dengan diri sendiri.huhuhu.

Dekat pukul 2 pagi baru lah kitaorang stop. Masuk bilik, semua orang dah tidur. Esok aku nak check out dah dan nak ke Osaka. Beg tak kemas lagi. Nak kemas masa ni takut kena marah..hahaha..tidur je lah. Esok baru kemas.

JOM KONGSI!

ARTIKEL BERKAITAN

No comments:

Post a Comment

Penafian

Semua artikel/entri/maklumat di dalam blog ini adalah daripada pengalaman/pendapat peribadi penulis sendiri. Penulis blog ini (noziezulkeply.com) tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa kerosakan, kecederaan atau kerugian akibat isi kandungan blog ini.

Gambar di dalam blog ini adalah dari sumber penulis sendiri, melainkan dinyatakan sumbernya. Sebarang perkongsian di media sosial, blog dan website mestilah di kreditkan kepada penulis. Sekiranya terdapat sumber gambar dari google, penulis akan kreditkan kepada sumber gambar tersebut. Jika anda adalah pemilik gambar berkenaan dan tidak membenarkan gambar anda digunakan, sila email kepada nozieanna@gmail.com. Penulis akan mengeluarkan gambar berkenaan dari blog ini secepat mungkin.


My Travel Journal ©