Masa tengah duk fikir arah tujuan untuk hari ni, aku teringat yang aku tak pernah sampai Kobe lagi. Kobe pula dekat je dengan Kyoto. Tambah lagi aku ada JR pass. Maka, ke Kobe lah aku hari ni. Cari info pasal Kobe, sebab aku cuma tahu Kobe beef dengan Kobe Port Tower yang kaler merah tu je.
Masa tengah bersiap tu, minah French tu tanya apa plan aku hari ni. Pastu dia kata kalau aku tak ada member, boleh jalan sekali dengan dia. Huh! kau dah campak barang aku, ada hati pulak nak ajak aku berjalan sama-sama. Tapi aku cakap dalam hati je lah..hahaha..Aku kata aku dah ada plan nak pergi luar Kyoto. Tak nak aku jalan dengan dia. Tapi, dia tak adalah teruk sangat. Dia bagi je bila aku kata nak solat kat tepi katil dia sebab itu je ruang kosong yang ada. Cuma aku tak berkenan perangai dia semalam.
Pergi Kyoto Station untuk naik train ke Kobe. Masa cari info sebelum keluar tadi, aku ada baca pasal Kitano. So, aku cadang nak ke sana. Nak ke Kitano, train station paling dekat adalah Sannomiya Station.
![]() |
Jadual train dari Kyoto ke Sannomiya |
Sampai Sannomiya Station, aku pergi cari Information Center. Tanya dia direction nak ke Kitano sebab aku nak jalan kaki dan minta map. Kalau korang nak ke Kitano ataupun nak ke attraction yang lain, boleh beli 1 day Kobe city loop pass. Harga pass 660 yen. Memang berbaloi pun beli. Tapi disebabkan aku kedekut, aku tak beli pun pass tu. Hahaha. Lagipun aku tak stop kat semua tempat. Kat Information Center tu ada coupun untuk foreigners. Sekali naik kobe City loop tu bayar 210 yen sahaja. Harga biasa 250 yen. Aku naik bas 2 kali, so aku cuma spend 420 yen sahaja.Tak sure la tahun ni ada lagi ke tak sebab aku tengok expiry date dia 2014.
Sumpah aku tak ingat direction nak ke Kitano tu. Yang aku ingat kena naik bukit. hahaha..Korang tanya jelah kat Information center tu. Tak adalah jauh mana dengan Sannomiya station.
Sampai je Kitano, nampak Starbucks. Tapi Starbucks ni unik sikit sebab bangunan dia bangunan kayu dan style lama. Orang yang minum kat Starbucks ni tak ramai. Tapi yang ambil gambar ramai gila. Kalau korang duduk minum dalam tu, sila posing cun-cun sikit sebab ramai paparazi. Hahaha.
Starbucks Coffee |
Sejarah bangunan ni. Sila baca sendiri kalau rajin. |
Comel je kereta ni |
Pilihlah nak pergi rumah siapa |
Kedai Ais Krim |
Sreet performance |
Show yang ni best. |
Yang ni macam bosan sikit |
Statue |
Aku rasa yang ramai masuk adalah orang Jepun sendiri. |
Jepun dan vending machine berpisah tiada. |
Masa jalan-jalan tu aku tak sedar yang map aku hilang. masuk kedai kat atas tanya direction nak ke masjid. Jangan risau, diaorang tahu masjid ni dan ada dalam map pun. Sebenarnya aku dah lalu lorong ke Masjid tadi tapi tak perasan. Dia lorong pertama masa nak naik bukit ke Kitano ni.
Dah puas lepak atas, aku turun jalan-jalan kat bawah pulak. Kat bawah ni banyak juga rumah yang dibuka untuk orang ramai. Tapi nak masuk kena bayor la.
Sherlock Holmes in Kobe? |
Kasut kat kedai ni cantk tapi mahal. Aku tengok je lah. |
Nak ke Kitano kena lalu jalan ni. Mendakilah dari bawah |
Motif ambil gambar ni? sebab coffee machine ni besar gila. Ni kat dalam 7-e. Jakun aku tengok. |
Bersambung....
Add your comment