Bangkok trip: Teksi - My Travel Journal My Travel Journal: Bangkok trip: Teksi

21 April 2015

Bangkok trip: Teksi

Nozie_Zulkeply | April 21, 2015 | 5 Komen
Assalamualaikum. Kali ni aku nak cerita pasal trip ke Bangkok. Dah lama dah trip ni, bulan 12 last year. Tapi aku nak cerita pasal pengalaman naik teksi kat Bangkok je.

Disebabkan kitaorang book hotel last minit (beberapa hari sebelum trip), banyak hotel yang dah penuh. Tak ada pilihan, terpaksa book hotel yang agak jauh dari central. Makanya, nak keluar ke tempat-tempat lain terpaksalah kitaorang naik teksi. Boleh je nak naik bas ke train station tapi kitaorang malas. Hehe. Naik teksi senang sikit  Tak ada lah mahal sangat pun, dalam 50 ke 80 bath (dalam rm5 -rm8 duit kita) ke MBK. Hari-hari stop kat MBK sebab tu station paling dekat dengan hotel. Lagipun nak makan kat sana. Macam-macam ragam pemandu teksi kitaorang jumpa sepanjang trip ni. Ada yang baik, ada yang macam hampeh, ada yang penipu. Macam-macam lagi lah. Ni nak cerita ni, antara jenis-jenis pemandu teksi yang kitaorang jumpa:

1) The first taxi
Masa ni kitaorang baru sampai dari Ayuttahaya. Dari Hua Lamphong station nak ke hotel, kitaorang ambil teksi. Masa tengah duk beratur tunggu teksi, ramai lah driver tuk tuk yang duk offer nak hantar ke hotel. Tapi charge mahal pulak tu. 200 bath dia charge. Tak nak aku! kitaorang buat muka ketat je kat situ. Bengang jugak la diaorang. Siap diaorang kata teksi lagi mahal chargelah pastu teksi tak tahulah hotel kat mana, dia je yang tahu. Tapi still la kitaorang buat bodo. At last dapat naik teksi dan kitaorang cuma bayar 100 bath je tambang. See, memang takkan ku percaya dgn tuk tuk. Hoho

2) Teksi Ngok
Keluar dari hotel nak ke MBK cari makan. Tahan teksi depan hotel tunjuk map dalam tulisan Thailand ambil dari hotel nak ke MBK, terus dia angguk. Tapi yang mangkuknya dia pergi stop kan kitaorang kat Metro station Hua Lamphong dan suruh kitaorang naik train ke MBK. Bongok!! kalau tak nak hantar cakap la tak nak. Dah kena maki ngn aku kat situ. Tambang teksi ke Metro station tu pulak sama je dengan tambang ke MBK.

3) Teksi bermeter
Untuk elakkan kena tipu, kitaorang memang insist untuk guna meter evertyime naik teksi. Sebab tu kitaorang malas tahan teksi kat tepi jalan. Selalunya beratur kat tempat tunggu teksi selamat sikit. Tapi, ada juga teksi-teksi mangkuk ni yang masuk dalam line tu. Dalam tengah beratur tu juga ada tuk tuk yang tak henti-henti offer naik dengan dia. Tak hingin aku. Mahal!. Sampai turn kitaorang, sebelum naik memang kitaorang tanya dulu dia guna meter ke tak. Dia kata ya dia guna meter. Tapi bila dah naik aku tengok meter dia tak buka. Aku tanya lagi why your meter is off? Dia pun buat-buat ketuk meter dia. Pastu konon buat muka pelik sebab meter dia tak menyala. Aku dah bengang masa tu, aku kata kalau dia tak on meter, aku turun. Lepas beberapa minit gaduh pasal meter dalam tu last-last dia turun kan kitaorang tepi jalan. Hampeh punya teksi.

4) The Superman
Yang ni adalah teksi yang paling aku tak boleh lupa. Memang epic antara semua driver teksi sengal yang kitaorang jumpa. Lepas kena tinggal tepi jalan dengan teksi tadi, kitaorang tahan teksi ni. Dia ok, guna meter. Tapi, masalahnya, dia bengong. Hahaha.. aku bagi dia name card hotel tulisan Thailand untuk senang dia tahu mana kitaorang nak pergi. Dia kata dia tahu tempat tu sebab dia number one taxi in Bangkok dan dia adalah superman.

Sepanjang dalam teksi itu jelah ayat dia selalu ulang I'm superman, number one taxi in Bangkok. Iyolah tu. Mula-mula memang lah kitaorang layan sambil gelak-gelak. Lama-lama jadi menyampah.

Aku rasa dia sesat. So, dia stop teksi tepi jalan pergi keluar dan baca kad tu kat bawah lampu jalan. hahhaha. Lepas tu masuk balik dan ulang ayat sama - I'm superman, number one taxi in Bangkok. On the way tu aku dah agak yang dia sesat lagi sebab jalan memang tak sama. Tiba-tiba, dia stop kat depan hotel. Masalahnya itu bukan hotel kitaorang! siap gaduh dalam teksi berebut name card hotel. Hahaha..memang kelakar situasi masa tu. Actually hotel yang dia stop tu nama dia Sri Krung. Hotel kitaorang Sri Krungthep. Dia insist yang dia betul dan itulah hotel kitaorang. Aku siap jerit this is Sri Krung hotel. My hotel is SRI KRUNGTHEP.  Dia keep repeat ayat yang sama I'm superman, number one taxi in Bangkok. Kononnya maksud dia, takkan lah dia boleh silap. Sakit jiwa aku masa ni. Last-last, dia sedar yang dia silap. So, dia pun drive balik ke hotel kitaorang. Kitaorang kat dalam teksi dah maki macam-macam dah. Tapi dalam BM la off course.

Tambah lagi kurang asamnya, si superman ni pergi drop kitaorang kat tepi jalan. Kitaorang malas nak pikir dah, turun je. Tak delah jauh dari hotel tapi yang banganganya, dia boleh pulak lalu ikut jalan yang sama kitaorang jalan kaki nak balik ke hotel. Huh! memang epic pakcik ni. Lain kali kalau siapa pergi Bangkok dapat driver teksi yang cakap I'm superman, number one taxi in Bangkok, maknanya orang yang sama lah tu. Tak tahu lah kalau ada superman lain juga. Hahaha

5) Pembunuh bersiri
Masa tunggu teksi, ada sorang mat saleh ni tak nak naik teksi ni sebab kat luar dia kotor. Kitaorang nak cepat, naik jelah. Dah masuk dalam teksi, tengok memang macam serabut sikit teksi tu. Masa masuk teksi, aku sempat tengok muka dia. Then aku perasan yang muka dia tak sama dalam gambar kat dalam teksi tu. Huhuh..pastu dia pulak tiba-tiba pakai face mask.Huahuahuah...Aku duk depan, aku bagitau yang dua lagi kat belakang. Masa tu masing-masing dah pikir bukan-bukan. Driver tu pulak asyik duk garu-garu kepala. Gatal agaknya. Dah lah dia ikut jalan yang kitaorang tak familiar balik hotel. Masa tu semua orang rapat ke pintu dan bersedia nak terjun kalau jadi apa-apa. Hahahah..memang sengal. But, it turns out dialah satu-satunya teksi yang hantar kitaorang sampai ke depan pintu hotel. Jalan yang dia guna tadi jalan shortcut. Dia pakai facemask sebab dia batuk. Masa dah sampai tu dia buka face mask. Gambar tu masa dia gemuk kot, sekarang dia dah kurus. hahhahahaha..memang lah sengal.

Disebabkan phobia nak naik teksi lagi, masa nak balik kitaorang mintak hotel telefon teksi hantar ke train station nak naik train ke airport.

Aku tak kata teksi dan tuk tuk kat Thailand ni tak baik. Ada je kitaorang dapat yang baik. Cuma, manusia ni kan macam-macam ragam. Even kat kl ni pun banyak je teksi yang mencekik darah je kerjanya. Kat depan KLCC tu banyak teksi tak guna meter. Target diaorang off course la pelancong asing. Aku pernah lalu depan tu pastu mat saleh tu tahan aku dan tanya charge rm35 nak ke Pavilion mahal ke murah. Aku nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab driver tu pandang aku macam nak telan. Aku cakap je aku tak tahu dan terus blah. Tapi aku rasa mat saleh tu boleh nampak yg aku tergak-agak nak jawab, dia terus tak naik teksi tu. Hoho. Aku jalan kaki je wei pergi pavilion dari KLCC tu. Gila ke apa bayar 35. Pakai metered teksi pun tak sampai rm10.

Sekian...

JOM KONGSI!

ARTIKEL BERKAITAN

5 comments:

  1. Bestnya.. hr ni bw semua ttg percutian luar negara.. seronok kalu buat perancangan awal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sebaiknya rancang awal. Jangan macam kami main redah je :) tapi kadang2 unplanned trip pun best jugak :)

      Delete
  2. Bangkok Trip?...last update April? bila nk up sambungan ni..nk baca :-)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. haha..Agak busy sekarang ni. Akan diusahakan juga nanti untuk update :)

      Delete

Penafian

Semua artikel/entri/maklumat di dalam blog ini adalah daripada pengalaman/pendapat peribadi penulis sendiri. Penulis blog ini (noziezulkeply.com) tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa kerosakan, kecederaan atau kerugian akibat isi kandungan blog ini.

Gambar di dalam blog ini adalah dari sumber penulis sendiri, melainkan dinyatakan sumbernya. Sebarang perkongsian di media sosial, blog dan website mestilah di kreditkan kepada penulis. Sekiranya terdapat sumber gambar dari google, penulis akan kreditkan kepada sumber gambar tersebut. Jika anda adalah pemilik gambar berkenaan dan tidak membenarkan gambar anda digunakan, sila email kepada nozieanna@gmail.com. Penulis akan mengeluarkan gambar berkenaan dari blog ini secepat mungkin.


My Travel Journal ©