2016 - My Travel Journal My Travel Journal: 2016
Hotel review: Maruka Ryokan, Yudanaka

Hotel review: Maruka Ryokan, Yudanaka

Assalamualaikum...Wah dah bulan September. Last update blog bulan January.. hikhik. Lama blog ni terbiar. Cerita winter trip ke Jepun pun lama tergantung..

Kali ni nak cerita pasal ryokan (Japanese traditional inn) yang kitaorang stay di Yudanaka. Tak sempat nak cerita pasal trip, kita cerita pasal lain dulu ye.

Tujuan nak ke Yudanaka sebab nak ke Jigokudani Snow Monkey Park. Alang-alang dah sampai sini nak lah juga bermalam di salah satu ryokan kat sini. Saja nak merasa tidur di ryokan kat Jepun ni. Lepas puas mencari akhirnya Maruka Ryokan yang jadi pilihan. Sebab utama aku pilih ryokan ni adalah sebab ini yang paling murah. Hahaha. Harga 12,150 yen per room untuk satu malam. Booked dari booking.com

Maruka Ryokan dari luar
Tapi murah bukan sebarang murah. Walaupun murah, layanan yang diaorang bagi memang terbaik. Ryokan ni besar. Ada 3 tingkat kalau tak silap aku. Kitaorang booked satu bilik untuk 3 orang. Bilik agak besar untuk 3 orang.

Dalam bilik. Boleh lepak duduk bersantai sambil tengok taman kat luar
Japanese style tidur atas futon. Balik dari jalan-jalan tengok-tengok diaorang dah prepare tempat tidur ni.
Ada heater. Memang tidur lena sampai ke pagi. Salji turun pun tak sedar. tak rasa sejuk langsung :)
Salah satu ruang lagi kat dalam bilik


Depan bilik kitaorang
Hallway & tangga ke bilik kitaorang kat 2nd floor
koleksi origami dekat pintu masuk ryokan. Cantik!
Toilet ada 2 jenis. Jenis traditional dengan moden. Toilet pulak dekat dengan bilik kitaorang. Tak pasti tingkat lain ada toilet juga ke tak. Luar toilet ada cermin dan sinki panjang boleh basuh muka dan berus gigi.

Bilik mandi dia lagi best. Ada natural onsen. Tapi kecik dan simple jelah. Ada aku kisah. Janji onsen. Hahah. Onsen ni asing tempat lelaki dan perempuan dan boleh nak mandi ramai-ramai atau nak mandi seorang.  Kalau nak mandi seorang, letak lah sign private use kat pintu tu. Tapi masa kitaorang stay sini,  kitaorang je guest kat situ. Sebesar-besar  ryokan tu, kitaorang bertiga je guest. Hahaha. Macam sewa satu ryokan pulak. Ko mampu? hahaha. Mungkin sebab off season ke tak tau lah. Atau mungkin juga sebab orang tunggu salji turun lebat lagi ke. Seram pun ada jugak. Haha

Bilik mandi. Onsen dia sebelah kiri tu. Nampak tak ada penimbang kat dalam ni. Bolehlah guna dan redho dengan kenaikan berat badan sepanjang bercuti ni..hahaha
Tadaaaa..ni leh kolam air panas nya. Simple je. Ryokan lama lah katakan. Oklah dari tak ada. Tapi bersih and just nice. Syok je berendam dalam ni.Opss, jangan lupa tutup tingkap ye time mandi..hahaha
Sebelah ryokan ni ada shrine. Depan shrine tu ada free foot bath. Boleh lepak sambil rendam kaki kat sini. Tepi jalan je.

Shrine sebelah Maruka Ryokan
Free foot bath
Boleh lepak sini sambil-sambil bergosip dan rendam kaki.

Depan Ryokan
Kawasan sekitar ryokan. Nak ke station Yudanaka, jalan je terus.

1 jam kalau nak jalan kaki dari ryokan ke Snow Monkey Park. Tak kuasa weh..
Yang paling best owner dia sangat lah baik. Ryokan ni family business. Owner dia old couple dengan sorang anak lelaki. Rasanya kitaorang first Malaysian guest sebab tengok dalam guestbook dia tak ada Malaysian lagi pun. Tak tau ler kalau orang Malaysia lain tak sign guestbook tu. Haha. Atuk tu siap tanya Malaysia kat mana sebab nak tanda kat world map dia..

Nenek tu pulak setiap kali kitaorang keluar mesti dia berlari nak hantar ke pintu. Time balik pulak berlari nak menyambut kitaorang kat pintu. Sampai nak keluar masuk banyak kali pun rasa bersalah. Hahaha..

Suara nenek ni comel je. Masa nak ajak dia bergambar, aku cakap dia cantik. Malu-malu  dia terus kata dia mana ada cantik. Dah tua dah. Lepas bergambar, dia bagi ktaorang 2 biji epal yang besar gedabak dan manis giler. Sedap. Kenyang makan epal malam tu

Dengan Nenek yang comel..hikhik
Epal pemberian nenek angkat..haha..sedap...manis sangat.
Masa hari kitaorang sampai salji belum turun lagi. Bangun tidur pagi esoknya tengok kat luar penuh salji. Tapi sayang kitaorang dah nak gerak balik ke Tokyo pagi-pagi tu.. Huhuh. Kalau pergi tengok snow monkey hari ni mesti lagi best. Semalam pergi tak ada salji. Takpelah. Tak ada rezeki kali ni.

Tengok...beza sangat kan dengan gamabar yang ambil semalam tak ada salji...huhuhu....

Sempat buat part time kejap sebelum balik..hahaha
Covered with snow
On the way to Yudanaka Station
Waktu nak balik, anak dia hantar ke station. Sempat peluk-peluk dengan nenek comel. Hihi. Suka dia tengok kitaorang jakun main salji. Haha. Tak pernah jumpa katanya. Siap pesan lain kali datang lagi time salji lebat boleh main salji puas-puas. Hihi.

Overall, Maruka Ryokan ni memang best. Cuma dia tak ada wifi. Bagi orang yang internet itu satu kemestian, mugkin susah sikit. Bagi aku ok je. Sekali sekala off line. Hehe. Owner ni tak pandai speaking. Atuk tu boleh lah faham sikit-sikit simple words. Anak dia boleh la borak sikit-sikit. Tapi macam pemalu je. Hikhik. Masa booking memang ada request pickup from Yudanaka Station.  Memang sampai je Station Yudanaka, anak lelaki dia dah tunggu sambil pegang nama aku. Hahaha. Kalau jalan kaki dari station ke ryokan rasanya dalam 15-20 minit. Lepas hantar beg terus dia hantar kitaorang ke snow monkey park dan datang semula untuk ambil kitaorang lepas tu. Jimat duit tambang bas. Hehe. Silalah book ryokan ni kalau korang ke Yudanaka. Gerenti tak menyesal.




Japan Winter Trip: Total Expenses

Japan Winter Trip: Total Expenses

Takino Suzuran Hillside Park

Assalamualaikum...Alhamdulillah selamat sampai Malaysia malam semalam. Malaysia sangat panas! hahaa..

Sebelum buka kisah trip ke Jepun, ada baiknya aku bentangkan belanjawan dulu. Bukan apa, takut nanti tah bila kisah Jepun ni nak habis jenuh lah nak tunggu pasal budget kalau letak kat hujung cerita. Maka inilah budget trip winter ke Jepun hari tu. 

Based on exhange rate - 100 yen = MYR 3.710 (nangis dalam hati tengok rate mahal cam ni..huhu)

Tempat yang sempat kitaorang pergi dalam trip ni : Tokyo-Sapporo-Hakodate-Kyoto-Takayama-Shirakawago-Yudanaka. 

Accommodation

Dua malam di Sapporo kitaorang tumpang tidur kat rumah Malaysian yang baik hati sudi tumpangkan kitaorang. Malam last tidur di Narita Airport sebab flight balik awal pagi+sayang duit.bahaha. 

Tokyo - Khaosan Original (female dorm) Total 2 nights 13,200 yen
Hakodate - Smile Hotel (3 bed room) Total 1 night 7,500 yen
Kyoto - Hostel Haruya Aqua (3 bed room) Total 2 nights 14,040 yen
Takayama - Hostel J Hoppers (female dorm) Total 1 night 9,000 yen
Yudanaka - Maruka Ryokan (3 bed room) Total 1 night 12,150 yen
Sapporo - FOC (sufi's house) 2 night
Tokyo last night - FOC ( Narita airport )

Total nights : 10 nights
Total accommodation expenses: 55,890 yen (MYR 2,073.519 divided by 3 person = MYR 691 per person)

Transportation -  *Edited. Sebelum ni terlupa nak masukkan flight narita - sapporo.

Perbelanjaan utama di Jepun adalah transport. Kos transport sangat mahal kat sini. So, kena plan betul-betul mana tempat nak pergi. Untuk trip kali ni dan trip yang lepas aku memang amik JR pass. Ada banyak Pass kat Jepun. Bus pass lah, train pass lah. Pilih ikut keseuaian perjalanan dan budget kita. Kalau tak guna pass pun tak apa. 

Return flight KLIA - Narita - MYR 940 (Vietnam Airlines)
Flight Narita - Sapporo - 4,576.66 yen per person (one way only. Balik Tokyo naik train)
Ordinary 7 days JR pass - 29,110 yen  
Narita Airport to Asakusa (2 times) - 2,580 yen
Nagano railways to/from Yudanaka - 2,520 yen
Subway/Metro around Tokyo (using Pasmo) = 1,500 yen (500 yen deposit for Pasmo)
Sapporo Airport to Sapporo JR Station - 1,070 yen
Sapporo subway pass - 500 yen/day
Bus fare from Makomanai Station to Takino Suzuran Hillside Park - 880 yen (440 yen one way) 
Hakodate 1 day tram pass - 600 yen
Kyoto 1 days buss pass - 500 yen

Total transportation expenses:  2,566.34 per person.

Tour Expenses
Shirakawago night light up - 4,420 yen 
Mount Hakodate ropeway - 1,080 yen (actual  price 1,200 yen. 10% diskaun guna 1 day tram pass)
Entrance fee to Snow monkey park - 500 yen

Total tour expenses : 6,000 yen (MYR 222.60)

Total budget dalam MYR 3400 - 3500 Seorang. Ni tak termasuk makan dan shopping lagi. Makan kitaorang bawak bekal Brahim's dari Malaysia. Tapi sekali sekala makan jugak kat luar. Nak nak lagi sekarang ni makin banyak restoran halal kat Jepun. Tak cuba rugi pulak.

Kalau tak ambil JR pass atau dapat flight tiket lagi murah, total budget mungkin boleh lagi murah dari ni. Ataupun kalau pergi dekat dekat je Tokyo-Kyoto-Osaka boleh lagi budget sekitar 3K atau kurang. Yang penting ikut kesesuaian dan budget masing-masing. Lagi satu, kali ni aku memang tak beli souvenir. Kejam?? Erk..tak kot. Mahal wei barang kat Jepun dan aku yakin kawan-kawan aku paham..hahaha. Key chain/ Fridge magnet pun dah dekat doploh henget. .Aku just beli chocolate je makan ramai-ramai. 

***semoga dengan baca blog ni diaorang dapat tahu yang trip aku tak semewah yang disangka..bahahaha..


Penafian

Semua artikel/entri/maklumat di dalam blog ini adalah daripada pengalaman/pendapat peribadi penulis sendiri. Penulis blog ini (noziezulkeply.com) tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa kerosakan, kecederaan atau kerugian akibat isi kandungan blog ini.

Gambar di dalam blog ini adalah dari sumber penulis sendiri, melainkan dinyatakan sumbernya. Sebarang perkongsian di media sosial, blog dan website mestilah di kreditkan kepada penulis. Sekiranya terdapat sumber gambar dari google, penulis akan kreditkan kepada sumber gambar tersebut. Jika anda adalah pemilik gambar berkenaan dan tidak membenarkan gambar anda digunakan, sila email kepada nozieanna@gmail.com. Penulis akan mengeluarkan gambar berkenaan dari blog ini secepat mungkin.


My Travel Journal ©