Okinawa - Day2 Naha - My Travel Journal My Travel Journal: Okinawa - Day2 Naha

27 September 2020

Okinawa - Day2 Naha

Nozie_Zulkeply | September 27, 2020 | 0 Komen
Assalamualaikum...Semangat baru datang untuk update blog. Hihi. 

Tahun 2020, aktiviti kita terbatas disebakan Covid-19.  Percutian ke luar negara kini hanyalah dalam memori. Semoga kita semua tabah menghadapi keadaan ini dan didoakan semoga semuanya baik baik belaka. Harapnya Covid-19 segera berlalu pergi dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sementara ini, kita jalan jalan dalam negara dulu. Malaysia pun cantik juga.  

Trip Okinawa ni dah lama. Tahun 2018. Masa mula nak update blog ni, aku dalam dilema sama ada nak teruskan cerita yang tertangguh ataupun mulakan cerita baru. Tapi, aku tak suka buat kerja separuh jalan. Lagipun tujuan aku tulis blog ni adalah untuk merekodkan journal percutian aku. Jadi, ayuhlah kita sambung kisah Okinawa. Mana tahu lepas keadaan dah pulih, ada yang nak bercuti ke Okinawa. Diharap masa tu dapatlah tulisan aku ni menyumbang sedikit sebanyak maklumat. Okay jom sambung hari ke-2 di Okinawa. 

Sepatutnya pagi ni kami ada whale watching. Dah booked dengan agen di sini. Tapi, malam tu dapat mesej kata terpaksa dibatalkan kerana cuaca tak mengizinkan. Disebabkan dia kata akan di tunda ke tarikh yang tak dapat dipastikan, kami minta refund je lah. Tak ada rezeki kali ni.  Memang sepanjang kami di Okinawa ni hujan sepanjang hari. Dengan angin lagi.  Mengigil gigil tahan sejuk. Nasib memang ada bawa jaket untuk pakai di Tokyo. Boleh lah guna juga di Okinawa.

Tukar plan, jalan jalan sekitar Naha je hari ni. Di Naha cuma ada satu line Monorel sahaja. Yui Rail. tak payah pening pening kepala naik train yang berselirat macam di tokyo atau Osaka tu. Tenang tenang je di sini. Tak rushing. Monorel ni cuma ada di Naha. Tak pergi kawasan luar dari Naha.

Destinasi pertama kami, pasar ikan.. Makishi market. Tak besar mana pun pasar ikan ni. Dekat depan Kokusaidori je. Ikan di Okinawa ni macam lain sikit. Berwarna warni..cantik, macam sayang pula nak makan. hahaha.. Tingkat satu jual segala macam seafood. Tingkat dua ada restoran. Boleh beli seafood di tingkat satu dan bawa ke tingkat dua untuk dia masak. Kami cuma beli Sashimi je di tingkat satu tu dan order makanan di tingkat dua. Tapi, walaupun pasar ikan, restoran di tingkat dua kebanyakannya  ada jual menu yang tak halal. 

Lobster...mampu tengok je. Traveler poket nipis ni. Hahaha.

Ikan Merah



Fresh Sashimi yang dibeli di tingkat 1. Ini je yang mampu. Jadilah. Alhamdulillah. 


Dari pasar ikan, kami ke Shuri Castle. Naik monorel dari Prefectual Office Station ke Gibo station. Tanbang 260 Yen. Nak turun di Station Shuri pun boleh. Dari station, kena jalan kaki dalam 20 minit. Kami guna google map je. Geram juga google map ni kadang kadang dia bawa masuk jalan celah celah rumah orang. Short cut kot..hahaha..yang penting sampai.

Shuri castle ni istana raja masa zaman kerajaan Ryukyu (Nama lama Okinawa) Kalau tengok seni binanya,  lebih banyak pengaruh china. Boleh baca sendiri sejarah tempat ni:
https://en.wikipedia.org/wiki/Shuri_Castle  Okinawa ni memang penuh dengan sejarah. Katanya Hang Tuah pun ada jejak sejarahnya di Okinawa.  Untuk pengetahuan semua, bangunan utama Shuri Castle telah musnah dalam kebakaran pada tahun 2019. Sekarang ni proses baik pulih sedang giat dijalankan dan dijangka akan siap pada tahun 2022.  Bahagian lain masih lagi dibuka untuk lawatan.  

Turun dari monorel, kami jalan kaki ke Shuri Castle. Jauhlah juga sebenarnya. Hahaha

Tembok istana



Bangunan utama istana. Bangunan inilah yang musnah dalan kebakaran tahun lepas. Sedih je masa dengar berita tu. Ye, langit memang mendung je sepanjang kami di sini. 

Model upacara Chou-hai-O-Ki-Shiki - upacara menyambut tahun baru. 

Sappou - Gishiki. Upacara dimana Maharaja China melantik Raja Ryukyu



Model struktur bangunan utama Shuri Castle




Dalam perjalanan balik lalu sini. Aku rasa ini university / Kolej. Lupa dah. 

Platform monorel 


Dari Shuri Castle, kami balik semula ke stesen monorel Prefectual Office (apa panjang benor nama stesen kat sini. Nak senang ingat nombor stesen je. Tapi aku lupa dah. Hahaha)  lepas tu jalan  ke Fukushen garden. Ini sebenarnya Chinese garden. Dibina tahun 1992 untuk meraikan hubungan bandar Naha dengan Bandar Fuzhou di China. Bahan bahan binaan pun dibawa dari Fuzhou. Masuk sini, aku jadi confused. Aku ni kat Jepun ke kat China? Hahaha...

Dari Fukushen, kami jalan kaki dalam 10 minit ke pantai Naha. Dah masa ni musim sejuk, mana lah ada orang kat pantai. Hahahaha.. Kami pun tak lama di sini, ambik gambar, dan terus jalan balik. Sejuk!

Masa sampai depan stesen monorel,  nampak restoran tempura di seberang jalan. Lepas intai intai menu dia, tengok memang cuma jual seafood dan sayur je dan tanya serba sedikit dari pekerja restoran tu, aku decided untuk makan di situ.  Maka, aku makan tempura kat sini jelah sepanjang di Naha. Nasib kawan aku ok je. tak kisah.

Lepas makan, balik hotel. rehat sekejap. lepas tu malamnya keluar jalan jalan ke Kokusai Dori lagi. Mentang mentang lah dekat dengan hotel.

Fukushen Garden

Pagoda di Fukushen Garden





Fukushen Garden. Dalam ni banyak pintu gerbang macam ni. 

Dari Fukushen, singgah sini sekejap. Adalah budak budak main bola kat sini. 

Nampak sangat lapar. Hahaha. Siap order soba dengan nasi lagi tu. Yang panjang atas nasi tu aku rasa tempura unagi (belut) ke ikan lain? Lupa dah. hahaha

JOM KONGSI!

ARTIKEL BERKAITAN

No comments:

Post a Comment

Penafian

Semua artikel/entri/maklumat di dalam blog ini adalah daripada pengalaman/pendapat peribadi penulis sendiri. Penulis blog ini (noziezulkeply.com) tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa kerosakan, kecederaan atau kerugian akibat isi kandungan blog ini.

Gambar di dalam blog ini adalah dari sumber penulis sendiri, melainkan dinyatakan sumbernya. Sebarang perkongsian di media sosial, blog dan website mestilah di kreditkan kepada penulis. Sekiranya terdapat sumber gambar dari google, penulis akan kreditkan kepada sumber gambar tersebut. Jika anda adalah pemilik gambar berkenaan dan tidak membenarkan gambar anda digunakan, sila email kepada nozieanna@gmail.com. Penulis akan mengeluarkan gambar berkenaan dari blog ini secepat mungkin.


My Travel Journal ©