October 2020 - My Travel Journal My Travel Journal: October 2020
Okinawa Day 4 - Sakura di Nakijin

Okinawa Day 4 - Sakura di Nakijin

Pagi ni lepas check out dari  Hotel kami terus ke Nakijin Castle ruins. Dekat je dengan hotel tempat kami menginap. Dalam 10 minit perjalanan dengan kereta. Sedikit sejarah mengenai Nakijin Castle. Pada masa dulu Okinawa Honto dibahagikan kepada tiga kerajaan. Hokuzon di Utara, Chuzan di tengah dan Nanzan di selatan. Istana Nakijin dibina sebagai istana raja Hokuzon sehinggalah diambil alih oleh Chuzan dalam usaha untuk menyatukan pulau dan membentuk kerajaan Ryukyu. Istana ini musnah dibakar pada tahun 1609. Yang tinggal kini hanyalah runtuhan binaan istana. Pada tahun 2000, Istana Nakijin disitiharkan sebagai Tapak Warisan Unesco. 

Kawasan istana ni cantik sebab dia atas bukit. Dari atas bukit tu juga boleh nampak laut. Memang asyik lah duduk di sini sambil menikmati permandangan. Tambahan pula masa kami ke sini adalah musim bunga sakura. Ye, di Okinawa pun ada sakura dan di sini juga adalah tempat terawal musim sakuranya di Jepun. Kalau di tempat lain selalalunya musim bunga sakura dalam bulan March hingga Mei. Tapi di Okinawa sakura mekar pada seawal bulan Februari. Dan kami sangat bertuah dapat meyaksikan bunga sakura di sini. Sakura di Okinawa ni agak lain sikit dari sakura di tempat lain. Sakura di sini dipanggil Kanhizakura. Warnanya lebih gelap dan bunganya lebih kecil. 

Kami sampai agak awal dalam pukul 7.30. Tak ada orang lain pun lagi. Kalau memandu sendiri ke sini, jangan risau sebab tempat letak keretanya luas dan yang penting percuma. Tiket masuk ke kawasan istana 400 yen. Masa lawatan adalah dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Selain kesan runtuhan istnana, di sini juga ada muzium sejarah dan kebudayaan Nakijin yang mempamerkan barang barang peninggalan penduduk Nakijin. 

Penginapan kami di Nakijin. Hotel Buena Vista. Meriah bercahaya waktu malam. Senang nak cari. Heheh. Gambar sumber dari Google. 






Kiri kanan tangga tu sakura. 






Sakura di sepanjang jalan ke Nakijin Castle


Langit mendung lagi hari ni


Tembok istana. Ini jelah yang tinggal.














Beli keledek bakar di kawasan rehat Nakjin Castle. 500 yen satu. Besar keledeknya boleh kongsi berdua. Nikmat dapat makan waktu sejuk sejuk ni. 

Dari Nakijin kami ke Kouri Island. Pulau kecil yang terkenal dengan jambatan panjang yang menghubungkan pulau ni dengan kawasan luar. Masa di sini angin tersangatlah kuat. Sejuk tu tak payah cakaplah, memang sejuk sangat. Kami tak buat apa pun di pulau ni. Jalan jalan tepi pantai, makan ais krim Blue Seal yang hanya ada di Okinawa lepas tu balik. Hahahah. Orang pun ramai. Dengan bas pelancong lagi. Susah juga nak cari parking. Kena pusing banyak kali. Tapi yang penting parking percuma. Hehe. Di kawasan pantai ni juga ada macam pasar orang jual barang barang hasil tempatan. Di sini jugalah buat pertama kali aku beli dan cuba makan anggur laut (sea grape). Benda ni popular di Okinawa. Kiranya one of Okinawa speciality. Orang Okinawa makan ni cicah dengan kicap masin je (Shoyu). Balik Malaysia barulah aku tahu Malaysia pun ada ni. Hahaha. Di Malaysia orang panggil latok. Aku rasa samalah kot. Tak taulah kalau lain. Selain anggur laut ni, satu lagi makanan popular di Okinawa adalah bitter gourd (Peria- betul kan? haha) Macam macam menu guna bahan ni. Paling popular menu Goya Champura, iaitu sayur goreng campur. Hahaha. Tapi aku tak cuba pun sebab tak jumpa yang halal dimakan. Semua ada letak bahan tak halal. Huhu. Takpelah lagipun aku tak makan peria ni. Hahaha. Katanya inilah salah satu rahsia penduduk Okinawa panjang umur. Makan benda nilah. Hehehe. 

Seberang jambatan nilah letaknya Kouri Island








Inilah rupa Sea Grape Okinawa. Gambar dari Google


Ini pula Goya Champuru. Salah satu makanan terkenal di Okinawa. Tapi aku tak jumpa pun yang halal. Gambar dari Google


Ini Sata Andagi. Donut manis dari gula hitam. Salah satu snek popular di Okinawa. Gambar dari Google

Lepas Kouri Island, kami ke Yomitan. Nak ke Cape Zanpa. Kat sini lagilah, angin bertambah kuat siap dengan hujan lagi. Tapi tetap gigih bergambar. Alang alang dah sampai kan. Tak lama di sini sebab hujan makin lebat. Kami beransur bergerak ke hotel di Chatan. Dalam perjalanan ke sana sempat singgah dulu makan di cafe di Chatan Beach. Malamnya lepak saja di hotel. Hujan lebat. Hajatnya malan tu nak Mihama American Village. Tapi disebabkan hujan lebat, tarik selimut jelah dalam bilik. Hahaha. 






















Mihama American Village. Kami bayangkan dalam mimpi je. Hahaha. Gambar dari Google. 













Okinawa Day 3 - Whale shark di Akuarium Churaumi

Okinawa Day 3 - Whale shark di Akuarium Churaumi

Pagi ni kami tinggalkan Naha utuk ke tempat lain. Untuk ke kawasan luar dari Naha, biasanya orang akan sewa kereta. Lebih mudah. Boleh juga naik bas tapi mungkin akan makan masa yang lama. Selain itu, ada juga agensi perlancongan yang menawarkan pakej pakej lawatan dengan menaiki bas persiaran. 

Kami memilih untuk sewa kereta dan memandu sendiri sepanjang trip ni. Untuk rakyat Malaysia memandu di Jepun, perlu ada permit memandu antarabangsa. Boleh memohon di mana mana pejabat JPJ sebelum datang ke Jepun. Bayaran RM 150 dan tempoh sah permit selama setahun. Jangan lupa juga untuk bawa lesen memandu Malaysia sebab nanti orang Jepun nak tengok juga lesen tu. 

Pagi pagi lagi dah terpacak depan tempat sewa kereta. Kami tempah secara online sebelum datang ke Jepun lagi dengan OTS. Mudah sangat urusan sewa kereta di OTS ni. Tak perlu bayar deposit pun untuk tempahan. Bayaran penuh akan dibuat di kaunter semasa mengambil kereta nanti. Boleh bayar secara tunai, kad debit atau kredit. Tips nak dapat sewa yang murah? Ini bukanlah tips apa pun. Tapi inilah trick yang aku buat secara tak sengaja. Hahaha. Tempah awal, beberapa bulan sebelum tarikh nak pergi. Lepas tu setiap bulan atau setiap 2 minggu ke, check website OTS dan tengok kalau ada promosi. Macam aku masa tu, lebih 3 kali aku tukar booking sebab tiap tiap bulan ada je promosi lebih murah. hahaha. Ubah atau batalkan booking tak dikenakan bayaran pun. Jadi, kalau nak buat boleh je. Kita boleh memilih nak ambil kereta di mana dan pulangkan di mana. Boleh pilih untuk ambil dan pulangkan di tempat yang sama atau tempat lain lain pun boleh. Tiada masalah. Urusan ambil kereta pun sangatlah mudah dan cepat. Staff OTS boleh berbahasa Inggeris. Jadi, tak ada masalah komunikasi di sini. Layanan pun bagus. 

Dah dapat kereta, mulalah nervous. hahaha. Alhamdulillah tak ada apa apa masalah sepanjang kami memandu di sini. Jepun memandu sebelah kanan, sama macam Malaysia. Had laju jalan biasa 50km. Kalau highway 80km. Sila patuhi had laju yang dibenarkan. Hahaha. Saman di Jepun sangatlah mahal ye. Tol pula boleh je bayar guna tunai. Ikutlah laluan tunai. Tol agak mahal jugak. Tapi yang bagusnya, kebanyakan parking di Okinawa ni percuma. Tak perlu bayar. Beza dengan bandar bandar lain seperti Tokyo misalnya. Tengok harga parking pun seram. Hahaha. 


Lesen memandu antarabangsa. RM150. Bawak gambar ke JPJ untuk memohon. Sekejap je prosesnya. 



Kereta sewa kami di Okinawa. Toyota Aqua. Jimat minyak kereta ni.

Tempat pertama yang kami tuju adalah Akuarium Churaumi. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan permandangan indah. Paling seronok bila lalu tepi pantai. Nak tidur pun rasa sayang je. Akuariam Churaumi ni memang salah satu tarikan paling popular di Okinawa. Lokasinya di tepi pantai. Ada akuarium besar yang dalamnya ada whale shark. Ada dolphins dan dolphins show. Tapi disebabkan letaknya di tepi pantai, maka nak berjalan di luar tu tersangatlah sejuk. Masa kami datang ni, angin tengah kuat. Gigil gigil tahan sejuk. Lama juga kami di sini. Lebih kurang 3 jam. Tiket akuarium boleh beli di kaunter ataupun beli lebih awal di Naha. Beli di Naha lebih murah daripada beli di kaunter masuk. Lagipun tak perlu beratur panjang untuk beli tiket. Masa di Naha, kami beli di kedai di Kokusai Dori. Ada sebuah kedai yang menjual barangan Akuarium Churaumi di situ. Nama kedai dah lupa. Tapi dia adalah di antara deretan kedai di situ. Mesti akan jumpa punya. Selain itu, boleh juga dibeli di kedai serbaneka, Lawson. 






Sea Worms. Suka pulak aku tengok ni. Hahaha. Comel. Baru baru ni ada terbaca artikel yang mengatakan Sea Worms di sebuah akuarium di Jepun mengalami kemurungan akibat tiada pengunjung disebabkan Covid. Untuk mengatasi masalah ini, pihak akuariuam megadakan interaksi secara online dengan manusia. Bila dengar je suara manusia, mereka pun gembira semula.



Dugong









Pantai di luar akuarium










Whale Shark. Tak dapat tengok ikan paus, tengok ni pun jadilah. 



Dah puas di akuarium, kami ke Bise Village. Rasanya dalam 10 minit dari sini. Tak ingat direction sebab kami memang guna GPS je. Jangan lupa minta sekali English GPS ye masa sewa kereta. Insurans kereta pun jangan lupa tambah. Tak ada apa pun sebenarnya di Bise Village ni. Cuma di sini ada deretan pokok "Fukagi" yang ditanam oleh penduduk di sini. Pokok ni tujuannya untuk menghalang angin kuat sebab kawasan ni tepi pantai. Tapi disebabkan deretan pokok ni macam cantik lah pulak, itu yang jadi salah satu tempat tumpuan orang ramai. Kalau ke sini, jangan bising bising. Kawal suara dan kelakuan. Sebabnya ini kawasan rumah orang, jangan sampai menganggu privasi orang lain pula ye. Kami tak lama pun di sini. Tak tahan sejuk! Ambil gambar dan cepat cepat lari masuk kereta. hahaha. Dari sini, kami terus ke hotel yang telah kami tempah di Nakijin.


Bise Village. Memang pergi sini semata sebab pokok ni je. Hujung tu pantai. 






Jumpa kucing di Bise Village. Kucing ni ikut kami dari mula sampai lagi. Lepas dia berguling guling atas pasir ni, tuan dia datang. Kena marah sebab dia baru lepas mandi. Padan muka kena marah! hahah. comel lah sangat. 











Penafian

Semua artikel/entri/maklumat di dalam blog ini adalah daripada pengalaman/pendapat peribadi penulis sendiri. Penulis blog ini (noziezulkeply.com) tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa kerosakan, kecederaan atau kerugian akibat isi kandungan blog ini.

Gambar di dalam blog ini adalah dari sumber penulis sendiri, melainkan dinyatakan sumbernya. Sebarang perkongsian di media sosial, blog dan website mestilah di kreditkan kepada penulis. Sekiranya terdapat sumber gambar dari google, penulis akan kreditkan kepada sumber gambar tersebut. Jika anda adalah pemilik gambar berkenaan dan tidak membenarkan gambar anda digunakan, sila email kepada nozieanna@gmail.com. Penulis akan mengeluarkan gambar berkenaan dari blog ini secepat mungkin.


My Travel Journal ©