Shimane: Pekan kecil bernama Tsuwano - My Travel Journal My Travel Journal: Shimane: Pekan kecil bernama Tsuwano

07 November 2021

Shimane: Pekan kecil bernama Tsuwano

Nozie_Zulkeply | November 07, 2021 | 2 Komen

Trip kali ni kami pergi jauh ke pedalaman. Kami gunakan JR pass sehabis baik. Dari Tokyo hingga ke Shimane dan balik semula ke Tokyo. Kalau dikira kos sebenar pengangkutan sepanjang perjalanan ni, hampir mencecah RM 4000. Tapi kami gunakan JR Pass, maka dapatlah berjimat sebab harga JR pass cuma lebih kurang dalam RM 1100 sahaja (pass 7 hari) . Syukur ada JR pass untuk kegunaan pelancong. Hehehe.

Kami ke Shimane dari Osaka. Tapi aku skip lah part awal tu ye. Kita terus masuk cerita Shimane. 

Tempat pertama kami di Shimane adalah Tsuwano. Masa ni kami datang dari Osaka. Pagi-pagi lagi dah keluar dari hotel menuju ke stesen. Ada apa di Tsuwano? Tsuwano ni sebuah pekan kecil yang dikelilingi bukit bukau di pinggir Shimane. Permandangan di sini sangatlah cantik dan suasana pun tenang. Waktu seakan terhenti di sini. Rumah-rumah lama samurai yang dibina di kurun ke-17 pun masih ada. Dalam longkangnya pula ada ikan-ikan koi berenang bebas. Banyak dan besar- besar pula ikannya. 

Tsuwano ni jauh dari bandar utama. Dari Shin-Osaka kami naik shinkansen ke Shin-Yamaguchi. Simpan beg di coin locker dan naik tren ke Stesen Yamaguchi dan dari situ tukar ke tren lain ke Tsuwano. Ada juga tren yang terus dari Shin-Yamaguchi ke Tsuwano. Kalau berhenti di Stesen Yamaguchi, jangan leka ye, sebab selalunya tren ke Tsuwano dah tunggu di paltform sebelah. Kami nyaris kena tinggal sebab asyik bergambar. Hahahah. Semua tren ni boleh guna JR pass. Selain daripada tren ni, salah satu tarikan utama orang ramai ke Tsuwano adalah nak merasa naik keretapi steam SL Yamaguchi. Tapi tiket untul SL ni sangatlah terhad dan bukan ada tiap-tiap hari. Ada jadualnya. Kami tak ada rezeki nak naik SL sebab tiket habis. Pengguna JR pass pun boleh naik SL ni tapi kena tambah sedikit harga tambang. Aku tak ingat berapa (boleh google untuk jadual perjalanan dan harga tiket) Disebabkan tren kami jalan dulu dari SL, sepanjang jalan boleh nampak ramai yang standby dengan kamera nak ambil gambar SL. Yang duduk dalam semak pun ada. Tren yang kami naik tak ada orang pun nak ambil gambar. Sedih betul.

Tren ke Tsuwano

 Keretapi steam SL Yamaguchi. Ni masa dia tengah siap sedia nak berlepas dari sten Tsuwano bak balik ke Shin-Yamaguchi. Kami tak ada tiket, ambil gambar jelah. 

Stesen Tsuwano

Masa di sini, kamilah satu satunya orang luar. Memang menjadi tumpuan. Banyak kali kena tegur tanya dari mana. Bangga sekejap. Hahahaha. Tak ada aktiviti apa pun di sini. Kami cuma jalan-jalan, ambil gambar, bagi ikan makan, tengok daun merah musim luruh, ambil gambar lagi. Itu jelah. Tapi, sedar-sedar dah petang dan kami balik naik tren lewat petang. Sampai tertidur di stesen tunggu tren.Masa tu tinggal kami je. Orang lain yang sama-sama sampai pagi tu semua dah balik. 


Dalam perjalanan ke Tsuwano. Ambil gambar dari dalam tren.

Bandar? Pekan? Kampung? Tsuwano. 

Replika Keretapi Steam SL Yamaguchi di Stesen Tsuwano



Pagi lagi masa ni. Lengang.

Ikan koi dalam longkang. Ke parit? 

Dalam longkang nilah ikan koi tu

Kita boleh bagi ikan ni makan. Ada disediakan makanan ikan berdekatan tempat ni. Letak je duit 100 yen dalam bakul makanan ikan tu.



Tengah berebut makanan.

Daun ginko yang gugur. Bau ginko ni busuk tau.

Kami solat bawah pokok ni.





Tengah musim pisang kaki. Banyak merata-rata. Pisang kaki Jepun sedap. Manis.




Kedai kuih. Aku pun tak tahu nama. Beria pakcik Jepun ni tunjuk dia buat kuih.







Tsuwano ni memang best. Cantik dan tenang. Siapa yang suka suasana tenang boleh lah datang sini. Tak perlu nak berebut ambil gambar. Tak padat dengan pelancong. Tsuwano ni tak jauh dari Hiroshima. Dalam 2 jam perjalanan naik shinkansen. Kalau ke Hiroshima, bolehlah buat day trip ke sini. Gerenti tak menyesal punya. 










JOM KONGSI!

ARTIKEL BERKAITAN

2 comments:

  1. oi..setahun sekali ke update blog? hahaha...gambar cantik cantik kenapa tak letak watermark?

    ReplyDelete

Penafian

Semua artikel/entri/maklumat di dalam blog ini adalah daripada pengalaman/pendapat peribadi penulis sendiri. Penulis blog ini (noziezulkeply.com) tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa kerosakan, kecederaan atau kerugian akibat isi kandungan blog ini.

Gambar di dalam blog ini adalah dari sumber penulis sendiri, melainkan dinyatakan sumbernya. Sebarang perkongsian di media sosial, blog dan website mestilah di kreditkan kepada penulis. Sekiranya terdapat sumber gambar dari google, penulis akan kreditkan kepada sumber gambar tersebut. Jika anda adalah pemilik gambar berkenaan dan tidak membenarkan gambar anda digunakan, sila email kepada nozieanna@gmail.com. Penulis akan mengeluarkan gambar berkenaan dari blog ini secepat mungkin.


My Travel Journal ©